Isu Terkini

Julai 2024

Warta Produk / 4 Julai 2017

Mantapkan Kawasaki Z900 Dengan Sistem Ekzos Akrapovic

High N Lubricant Sdn Bhd selaku pengedar rasmi sistem ekzos Akrapovic di Malaysia menawarkan produk terbaru iaitu sistem eksos Slip-On Line yang diperbuat daripada Titanium. Ekzos ini direka khususnya untuk pasaran tanpa memerlukan kelulusan EC/ECE, sesuai untuk tunggangan harian dan juga di litar. Dengan penggunaan bahan titanium, ekzos ini bukan sahaja ringan malah membantu mempertingkatkan prestasi Z900.

S-K9SO4-ASZT
S-K9SO4-ASZT

Dengan penggunaan produk ini, kuasa Z900 dapat dipertingkatkan sebanyak 2.5kW pada 10,200 rpm, tork juga lebih tinggi sebanyak 2.1Nm pada 8,750rpm dan ekzos ini juga 2.9kg lebih ringan daripada sistem ekzos Z9 asal. Bentuk sistem ekzos baru ini moden, bergaya dan diperkemaskan dengan penggunaan bahan gentian karbon pada corongnya. Untuk Slip On Titanium ada dua jenis iaitu S-K9S04-ASZT dan S-K9S03-HZT (mendapat kelulusan EC/ECE).

Dari segi bunyinya, ekzos Slip-On Line ini sudah tentu lebih garang kuat, dalam dan cukup mantap. Pemasangannya juga mudah iaitu dengan kaedah plug & play sahaja. Tidak perlu membuat pemetaan semula dan ini menjadikan peningkatan prestasi jentera Z900 dapat dilakukan dengan lebih pantas dan mudah. Selain daripada itu, Akrapovic turut mengeluarkan Optional Header (SS) dan Slip On Carbon bagi model ini

Harga untuk sebuah ekzos Slip-On Line (Titanium) atau model S-K9SO4-ASZT ialah RM3,266. Untuk makumat lanjut, sila hubungi High N Lubricant Sdn Bhd, Lot 11A Jalan CJ1/2A, Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, 43200 Cheras, Selangor. Tel: 03-90752609 Fax: 03-9075 2657. RR

Isu Pada

Julai 2017

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.