Petronas Lancar Petronas Sprinta UltraFlex™
Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) melancarkan rangkaian pelincir motosikal terbaru iaitu Petronas Sprinta dengan UltraFlex™ yang telah dirumuskan secara unik untuk mengatasi stres motosikal serta meningkatkan jangka hayat sesebuah enjin.
Dengan pengenalan kepada pelincir baru ini, ia akan memenuhi keperluan utama para penunggang motosikal yang inginkan tunggangan lebih lancar.
Ujian berdasarkan piawaian global terkini menunjukkan pelincir baru dari Petronas ini mampu memberikan kekuatan lapisan minyak sehingga 41% lebih tinggi daripada tahap piawaian industri. Ciri-ciri ini akan memastikan enjin mampu menahan kesan-kesan beban, kelajuan dan stres enjin tanpa mengalami kerosakan. Petronas Sprinta dengan UltraFlex™ juga mengawal mendapan enjin untuk sentiasa memberikan prestasi enjin di tahap terbaik dan tindakbalas yang lebih efisien.
“Populasi motosikal terkini Malaysia dianggarkan sebanyak 11.6 juta dengan Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun (CAGR) sebanyak 4%. Satu kajian yang kami jalankan juga mendapati bahawa 81% pemilik motosikal di Malaysia menaiki motosikal mereka setiap hari, manakala 70% daripada pemilik motosikal pula bergantung sepenuhnya kepada jentera mereka untuk pergerakan harian. Ini memberikan banyak stres pada enjin dan membuatkan ramai penunggang sentiasa risau motosikal mereka akan rosak dan terpaksa menanggung kos pembaikian yang mahal,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, En. Zubair Abdul Razak.
Petronas Sprinta dengan UltraFlex™ mula dipasarkan pada April lalu dan para pengguna bolehlah terus berkunjung ke bengkel-bengkel rakan niaga Petronas yang sah, di Kedai Mesra atau merujuk kepada mekanik-mekanik mereka bagi memperolehi maklumat lanjut. RR
Popular