Yamalube RS 4T: Untuk Semua Jentera 4 Lejang
Jika anda menunggang jentera empat lejang tidak kiralah ia jenama dari Jepun, Eropah atau Amerika, kelancaran dan ketahanan enjin adalah yang paling utama. Untuk itu, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah melancarkan minyak enjin sintetik baharunya iaitu Yamalube RS 4T. Pelincir ini diperhebatkan dengan ESTERs yang direka khas untuk jentera-jentera berprestasi tinggi. Yamalube RS 4T dirumus dengan istimewa untuk melindungi sistem gear dan klac agar prestasi enjin serta kuasa pecutan sesebuah motosikal sentiasa berada di tahap tertinggi.
Pelincir baru ini juga menjanjikan kondisi pelinciran elasto-hidrodinamik yang cekap terutamanya ketika di dalam haba yang tinggi. Dengan pelincir ini, jentera kita bukan sahaja memiliki kuasa pecutan yang lebih mantap tetapi juga akan sentiasa dijaga dan dilindungi dengan efisien setiap masa. RS 4T didatangkan dengan spesifikasi gred kelikatan SAE 10W-40, menepati nilai American Petroleum Institue (API SL) dan memenuhi piawaian Japanese Automotive Standards Organization (JASO).
Dengan spesifikasi yang hebat ini, ia membantu memanjangkan jangka hayat enjin serta dapat mengurangkan kos penyelenggaraan. Dengan pelancaran Yamalube RS 4T, HLYM menyasarkan penjualan produk ini untuk semua jentera empat lejang (kecuali skuter) yang inginkan enjin yang cekap dan berprestasi tinggi.
Selain Yamalube RS 4T yang baru diperkenalkan ini, terdapat dua lagi pelincir Yamalube yang berada di pasaran iaitu RS4GP 4T (pelincir premium tertinggi dengan 100% sintetik yang direka khusus untuk kelajuan tinggi dan tunggangan yang selesa) dan Fully 4T pula merupakan produk pelincir asas sintetik penuh yang sesuai untuk tunggangan biasa.
Produk ini (RS 4T) akan ditawarkan pada harga antara RM60 hingga RM70 sebotol mulai bulan September atau Oktober 2018. RR
Popular