Isu Terkini

Julai 2024

Warta Produk / 10 Januari 2019

Miliki Pelbagai Aksesori Dari Yamaha

Yamaha sentiasa memiliki barisan jentera yang berkualiti, menarik dan berprestasi tinggi. Tidak dinafikan pemilik-pemilik jentera ini terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan usia. Pastinya menunggang jentera Yamaha lebih bergaya dan serasi jika para penunggang mengenakan pakaian dan aksesori dari jenama yang sama. Untuk itu, ayuh kita lihat beberapa jenis promosi yang ditawarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM). Semuanya menarik dan hebat belaka!

BAJU HUJAN Yamaha menawarkan perlindungan dari hujan dengan cukup sempurna. Baju hujan ini turut disempurnakan dengan reflektif keselamatan, kalis angin dan air, pengetat lengan (cuffs) yang selesa dan lengkap dengan poket dalaman. Pastinya menunggang motosikal di dalam cuaca yang tidak menentu bukan lagi kerisauan dengan adanya baju hujan Yamaha. Jangan tunggu lagi... dapatkan produk hebat ini yang didatangkan dalam dua warna iaitu merah dan biru! Cukup terang dan cantik sekali.

Kekalkan suhu badan dengan mengenakan WIND BREAKER dari Yamaha. Wind Breaker Yamaha menawarkan rekaan menarik serta fabrik yang berkualiti tinggi (water resistant) yang sememangnya sesuai buat para pencinta motosikal yang sukakan menunggang tidak kira pagi, tengahari, petang atau malam.

Untuk dipadankan dengan pelbagai jenis penunggang, Wind Breaker dari HLYM didatangkan dalam saiz M. L, XL dan XXL.

Lebih bergaya... lebih berkeyakinan dengan BAJU T BERKOLAR Yamaha! Baju dengan rekacorak menarik dan moden ini dibuat daripada 95% Polister dan 5% Spandex dengan Gentian Mikro. Ini menawarkan keselesaan seperti jersi lembut yang berpanjangan tidak kira siang atau malam. Baju T Berkolar ini juga dikemaskan dengan logo perlumbaan ikonik YAMAHA yang cukup menawan.

Sesiapa sahaja pasti nampak lebih menarik dan segak dengan Baju T Berkolar ini yang ditawarkan pada saiz S hingga XXL.

Padankan ketampanan dan kejelitaan dengan TOPI SNAPBACK Yamaha lengkap dengan logo yang diperkemas menggunakan teknik sulaman. Pastinya topi Yamaha ini menjadi pilihan untuk perlindungan dari panas mentari dan hujan. Untuk itu, topi ini dibuat dengan menggunakan fabrik dan bahan yang selesa serta tidak panas. HLYM menawarkan tiga rekacorak yang cukup menarik dan berkualiti tinggi.

Jadilah pencinta dan peminat tegar Yamaha dengan memiliki MOTOSIKAL MINIATUR model Y125ZR dan Y15ZR. Inilah barangan koleksi yang cukup berbaloi dan menarik untuk dimiliki. Jentera berskala 1:12 ini direka dengan bahagianbahagian yang boleh dibuka dan diubah yang menjadikannya 99.9% seperti unit motosikal sebenar.

Untuk model Yamaha Y125ZR, ditawarkan dalam rekacorak dan warna biru Movistar manakala model Y15ZR pula dengan warna kuning yang cukup popular sekarang ini.

Untuk dapatkan harga dan melihat dengan lebih dekat, kunjungi Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd yang beroperasi di Kompleks Hong Leong Yamaha, Lot 57 Persiaran Bukit Rahman Putra 3, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Tel: 03- 6157 7011 yang dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, 9.00am-4.30pm. Jom ke sana! RR

Isu Pada

Januari 2019

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Warta Roda

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada hari Ahad yang lalu.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.