Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 8 Mac 2017

Shell Advance Lancar Pelincir Khas Skuter

Skuter terdiri daripada 11% daripada jumlah keseluruhan jentera dunia roda di Malaysia. Perbezaan jentera ini bukan sahaja dari segi rekabentuk luaran tetapi juga dari segi penghasilan enjinnya. Ia lebih kecil dan memerlukan penjanaan kuasa yang lebih tinggi dan beroperasi pada suhu yang lebih tinggi.

Untuk mengekalkan prestasi enjin agar terus optimum, Shell Advance telah melancarkan barisan minyak pelincir yang dihasilkan khusus untuk skuter. Ia merangkumi minyak sintetik sepenuhnya iaitu Shell Advance 4T Ultra Scooter dengan Teknologi PurePlus 5W-40, teknologi sintetik Shell Advance 4T AX7 Scooter 10W-40 dan Minyak Gear Skuter Shell Advance. Rangkaian baru ini adalah penambahan kepada minyak Shell Advance 4T AX 5 Scooter 15W-40 yang telah berada di pasaran sejak 2014.

Dari kiri: Andrea Dovizioso, En. Shairan dan En. Leslie Ng melancarkan pelincir terbaru Shell Advance.
Dari kiri: Andrea Dovizioso, En. Shairan dan En. Leslie Ng melancarkan pelincir terbaru Shell Advance.

Dengan kebijaksaan dan kepakaran Shell, minyak skuter terbaru dengan Teknologi PurePlus dan Teknologi Active Cleansing, ia mampu membersihkan enjin 33% lebih baik dan mengekalkan pengoksidaan 43% lebih lama berbanding minyak biasa serta dapat mengekalkan kelikatan 42% lebih lama daripada had API.

Turut dihebahkan pada hari itu ialah perancangan Shell Advance untuk memperkenalkan perkhidmatan ekspres penukaran minyak bagi motosikal berenjin bawah 250cc di stesen minyak Shell terpilih di seluruh negara. Ini juga merupakan satu lagi usaha murninya untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan khususnya pengguna motosikal.

Konsep pusat sehenti ini akan dimulakan di Stesen Minyak Shell Batu 3 dan perkhidmatan ini akan diperluaskan di beberapa lokasi lagi di seluruh negara.

“Shell Advance MotoCare Express (SAMCE) telah dipra-uji pada MotoGP Shell Malaysia tahun lalu dengan kejayaan yang mengagumkan. Ia cepat, mudah diakses dan harga berpatutan. SAMCE diharap dapat membantu penunggang motosikal mengekalkan jentera mereka dalam keadaan yang baik untuk sampai ke destinasi dengan selamat. Ia selaras dengan langkah keselamatan jalan raya kami iaitu #ShellSelamatSampai,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, En. Shairan Huzani Husain. RR

Isu Pada

Mac 2017

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

Hasrat pelumba pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez untuk mencipta kemenangan sermpurna di Litar Americas tidak kesampaian apabila terbabas pada lap ke-9 walaupun ketika itu sedang mendahului perlumbaan dengan agak selesa. Terdahulu, Marc telah membuktikan dominasinya apabila meraih kemenangan dalam saingan Sprint tanpa sebarang masalah.

Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Umum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

BMW Motorrad secara rasminya mengumumkan harga untuk model Heritage mereka iaitu BMW R 12.

Model Baru

KAMAX CUB X temui peminat offroad tahun ini

KTNS Holdings Sdn Bhd akan menampilkan model terbaru, KAMAX Cub X ke pasaran negara sekitar bulan September 2025 ini.