LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

LS2, jenama topi keledar yang berkualiti dan terkenal di peringkat global, melancarkan tiga model topi keledar terbaru untuk tahun 2025 iaitu Verso II OF618, Dragon FF807 dan Advant II FF910. Setiap topi keledar menawarkan ciri-ciri unik untuk keselamatan dan keselesaan penunggang motosikal.

LS2 Dragon FF807 dilengkapi X-Static© Silver Liner Fabric, bahan berprestasi tinggi yang direka untuk memberikan keselesaan unggul, perlindungan antibakteria dan keupayaan menyerap kelembapan seterusnya memastikan pengalaman menunggang kekal segar walaupun dalam perjalanan jauh.
Rekacorak luaran model ini bersifat futuristik dan direka menggunakan bahan 6K Carbon yang berkualiti tinggi. Bahan ini bukan sahaja menjadikan topi keledar lebih ringan, malah memberikan kekuatan dan ketahanan yang luar biasa, sesuai untuk pemakai yang mengutamakan prestasi dan keselamatan.
Antara ciri-ciri menarik LS2 Dragon FF807:
- Anti-calar
- Anti-sinar matahari dan kalis UV
- Sistem PINLOCK MAX-VISION 120
- Sistem ventilasi karbon di bahagian dagu dan atas
- Emergency Release System
- Sistem saluran Multi- Density EPS turut memberikan pengudaraan yang efisien
- Deflektor pernafasan yang mengurangkan pembentukan wap pada visor
- Harga RM2,088 (plain) dan RM2,099 (bercorak).
Model ini tersedia dalam 3 saiz rangka luar (2XS-S, M-L, dan XL-3XL), 6 saiz EPS (2XS, XS, S, M, L, dan XL-3XL), 8 saiz pelapik (2XS, XS, S, M, L, XL, 2XL, dan 3XL) dan 5 saiz pad pipi (2XS-S, M-L, XL, 2XL, 3XL).
Sementara itu, LS2 Verso II OF618 pula disempurnakan dengan teknologi COOLMAX, fabrik berteknologi tinggi yang berfungsi untuk menyerap kelembapan, mengawal suhu badan dan mengeringkan peluh dengan lebih pantas. Topi keledar ini dibuat daripada bahan KPA (Kinetic Polymer Alloy), topi keledar ini menawarkan ketahanan yang tinggi, ketumpatan yang ringan tetapi tetap kuat dan tahan lama.
LS2 Verso II OF618 turut mempunyai ruang untuk memasang LS2 Intercom 4x untuk tujuan komunikasi. Untuk tujuan keselamatan, model ini juga dilengkapi dengan sistem pelepasan kecemasan (Emergency Release System).
Saiz yang ditawarkan untuk model ini terdiri daripada: Rangka luar (2XS-S, M-L dan XL-3XL), 6 saiz EPS (2XS, XS, S, M, L dan XL-3XL) , 8 saiz pelapik (2XS, XS, S, M, L, XL, 2XL dan 3X) dan 5 saiz pad pipi (2XS-S, M-L, XL, 2XL, 3XL). Harga untuk model ini ialah RM618 untuk versi (plain) dan RM629 untuk versi bercorak.
Advant II FF910 antara pilihan sesuai untuk mereka yang aktif dalam dunia pengembaraan. Seperti Verso II OF618, model ini juga hadir dengan teknologi COOLMAX. Model jenis modular ini juga menawarkan fleksibiliti tinggi untuk kemudahan pemakainya.
Dengan ciri sistem lipat atas 180°, topi keledar ini boleh ditukar daripada mod full-face kepada open-face dengan pantas, menjadikannya sesuai untuk pelbagai situasi dan keadaan cuaca.
Model ini juga memiliki sistem pengudaraan karbon di bahagian dagu dan atas bersama saluran Multi-Density EPS (Expanded Polystyrene) yang bertujuan bagi memastikan aliran udara yang cekap untuk keselesaan maksimum.
Paling menarik! Pelapik COOLMAX yang digunakan dalam LS2 Advant II FF910 direka dengan bahan ‘hypoallergenic’, menjadikannya sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Ciri-ciri menarik Advant II FF910:
- Anti-calar
- Anti-sinar matahari dan kalis UV
- Sistem PINLOCK MAX-VISION 120
- Sistem pengaliran udara karbon
- Emergency release system
- Boleh dipadankan dengan sistem interkom bersepadu
- Harga RM1,488 (plain) dan RM1,499 (bercorak).
Topi keledat modular ini seberat sekitar 1750 ± 50g, sesuai untuk pemakaian harian. Tersedia dalam 3 saiz rangka luar (2XS-S, M-L, dan XL-3XL), 6 saiz EPS (2XS, XS, S, M, L, XL-3XL), 8 saiz pelapik (2XS, XS, S, M, L, XL, 2XL, dan 3XL) dan 6 saiz pad pipi (2XS, XS-S, M, XL, 2XL, 3XL).
Model-model topi keledar ini boleh didapati di pengedar-pengedar sah MForce dan CFMOTO di seluruh Malaysia. RR
Popular