Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

Sinar Puncak Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Cardo System di Malaysia telah memperkenalkan peranti komunikasi Bluetooth untuk helmet motosikal iaitu Cardo Packtalk Pro.
Peranti komunikasi generasi terbaru ini dilengkapi dengan teknologi canggih seperti Crash Detection khas direka buat penunggang motosikal. Sistem ini berfugsi untuk mengesan jika kemalangan berlaku serta menghantar mesej kecemasan kepada kenalan yang ditetapkan sekiranya pengguna terlibat kemalangan. Dengan adanya ciri ini, Packtalk Pro bukan sahaja meningkatkan komunikasi tetapi keselamatan pengguna di jalan raya juga.
Sebagai tambahan, Cardo menetapkan standard baharu dengan melengkapkan peranti ini bersama ciri pembesar suara JBL 45mm. Pengguna dapat menikmati kualiti audio yang lebih jelas dan berkualiti tinggi semasa menunggang.
Antara ciri-ciri utama yang dipadankan pada peranti ini adalah ciri Auto On/Off. Peranti Packtalk pro akan dihidupkan dan dimatikan secara automatik sebaik sahaja penggunanya memakai atau meletakkan topi keledar. Fungsi ini dapat memudahkan penggunanya serta menjimatkan jangka hayat bateri.
Ciri Mesh dalam Cardo Packtalk Pro yang digelar sebagai DMC (Dynamic Mesh Communication) boleh berhubung sehingga 15 penunggang dalam satu masa. Peranti ini juga mempunyai ciri kalis air IP67 yang sesuai digunakan dalam pelbagai bentuk muka bumi serta cuaca. Dengan pengecasan penuh selama 2 jam, pengguna boleh menggunakan peranti ini sehingga 13 jam masa bercakap. Manakala bagi pengecasan pantas selama 20 minit, peranti dapat bertahan sehingga 2 jam.
Peranti komunikasi ini mempunyai ciri connectivity untuk dua saluran seperti telefon pintar dan peranti GPS dengan menggunakan sambungan Bluetooth 5.2 dan TFT. Kelebihan dwi saluran ini membolehkan pengguna membuat sambungan serentak kepada telefon pintar dan peranti GPS.
Cardo Packtalk Pro boleh didapati di semua pengedar rasmi Cardo di Malaysia bermula bulan September 2024 dengan harga yang ditawarkan RM2,099. RR