Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Pelancaran global - Arai Helmet dengan bangganya telah mempersembahkan topi keledar edisi terhad RX-7V EVO Isle of Man TT 2024 yang ke-15 bersempena dengan sambutan 40 tahun Arai di perlumbaan jalan raya yang paling terkenal di seluruh dunia.
Topi keledar ini merupakan edisi yang ke-15 Arai TT sejak versi pertamanya yang dilancarkan pada tahun 2008. RX-7V EVO ialah model penanda aras terbaru dalam barisan topi keledar motosikal Arai yang menetapkan standard dalam perlindungan dan keselesaan.
RX-7V EVO Isle of Man TT 2024 terbukti menjadi inspirasi hebat untuk rekabentuk dari pereka terkenal Itali, Aldo Drudi yang cukup menakjubkan. Topi keledar ini menampilkan beberapa ikonografi TT dan Isle of Man seperti Triskelion (Three Legs of Man) teks "Ellan Vannin" ("Isle of Man" di Manx) dan logo TT. Manakala warna Putih, Merah, Biru dan Oren yang dipadankan pada topi keledar ini juga tampak mantap dan kemas sekali.
Arai RX-7V EVO Isle of Man TT 2024 dijangka berada di pasaran global bermula bulan Jun 2024. RR