Gayakan Penampilan Anda Dengan NIVEA MEN CRAFT STYLERS
Selain mengenakan pakaian hebat untuk nampak menarik, penggayaan rambut juga amat penting untuk mencipta personaliti seseorang. Kemasan rambut yang bergaya dapat memberikan keyakinan buat seseorang agar sentiasa tampak lebih menyerlah. Di Malaysia, NIVEA MEN sangat terkenal sebagai produk deodorant dan penjagaan kulit wajah untuk lelaki.
Dengan pengenalan rangkaian baharu NIVEA MEN CRAFT STYLERS, ia akan menjadikan jenama ini sebuah produk penjagaan diri pertama di Malaysia yang lengkap buat kaum adam. Nama CRAFT STYLERS telah diilhamkan daripada keinginan para jejaka untuk mengayakan rambut mereka serta mengubah penampilan diri pada bila-bila masa sahaja. Produk baru ini melengkapkan penjagaan dan perapian diri dengan gaya yang menawarkan versatility serta memberi peluang buat pengguna mempamerkan kreativiti untuk bergaya.
NIVEA MEN CRAFT STYLER didatangkan dalam empat jenis produk iaitu Craft Stylers Reshaping Spray (RM20.90 / 200ml), Craft Stylers Workable Styling Cream (RM13.90 / 150ml), Craft Stylers Fixating Styling dan Craft Stylers Defining Styling Gel (RM13.50 / 150ml). Keempat-empat produk ini diperkayakan dengan Vitamin E semulajadi yang menguatkan rambut serta memberi perlindungan sepanjang hari. Rangkaian CRAFT STYLERS boleh didapati di kedai Watson berdekatan dengan anda. RR
Popular