Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

Brembo, peneraju global dalam pengeluaran sistem brek menyasarkan nilai pasaran yang lebih baik di Asia Tenggara dengan pembinaan kilang pengeluaran di Thailand.
Dengan nilai pelaburan sekitar 40 juta Euro, ia mencerminkan strategi kumpulan Brembo untuk mengembangkan kehadiran di peringkat global serta merebut peluang pertumbuhan baru di rantau Asia Tenggara.
Tapak baharu itu terletak di hab industri dua roda Thailand iaitu di wilayah Rayong, selatan Bangkok. Dengan pembinaan itu, ia membuat peluang pekerjaan sekurang-kurangnya untuk 150 orang.
"Pembukaan tapak pengeluaran baru di Thailand merupakan langkah penting dalam strategi pengembangan pasaran global. Kami ingin terus mengukuhkan kedudukan sebagai 'Penyelesai Solusi' khususnya dalam segmen utama iaitu dua roda. Dengan pelaburan ini, ia adalah asas utama untuk perkembangan perniagaan produk kami di rantau ASEAN,” kata CEO Brembo, Daniele Schillaci. RR
Kredit foto: https://www.brembo.com/