Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Jenama kamera aksi GoPro begitu terkenal sehinggakan segala kamera aksi tidak kira jenama juga dikenali secara am sebagai "GoPro." Syarikat yang sering memperkenalkan teknologi serta inovasi baharu ini amat dinamik dan mereka akan menghasilkan topi keledar jenama GoPro tidak lama lagi.
Bagi merealisasikan rancangan ini, GoPro telah telah membeli jenama topi keledar pintar Forcite.
Menurut GoPro, perkembangan produk dan teknologi mereka serta Forcite akan berjalan serentak. Pada masa yang sama, GoPro hendak menggunakan kepakaran Forcite dalam pembuatan helmet pintar bagi menghasilkan topi keledar yang bercirikan GoPro dalam masa terdekat.
Forcite dalam proses menghasilkan topi keledar pintar dengan ciri-ciri paparan kelajuan, navigasi dan sebagai lagi. Gabungan kedua-dua syarikat ini akan menggabungkan ciri-ciri GoPro dan Forcite di dalam satu topi keledar. Adakah kita akan dapat helmet dengan kamera aksi yang terbina di dalamnya berbanding dengan melekapkan kamera aksi sebagai tambahan di bahagian luar? Berita ini merupakan sesuatu yang agak mengujakan buat industri topi keledar.