CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Pada September 2023, Yamaha merupakan salah satu pembuat motosikal yang membentuk kerjasama baharu dengan jenama CFMoto. Ketika itu apabila diumumkan, hanya sedikit sahaja maklumat tentang rancangan perkongsian itu didedahkan. Sememangnya, memandangkan reputasi mantap Yamaha dari segi kualiti dan inovasi, serta pendekatan agresif CFMoto untuk menangani pasaran global, adalah mudah untuk memahami mengapa pengumuman perkongsian itu melahirkan banyak spekulasi, termasuk samada CFMoto akan membuat motosikal Yamaha untuk pasaran global.
Yamaha Motor Europe bertindak balas terhadap semua spekulasi, dengan presiden syarikat Eric de Seynes menjelaskan bahawa usaha kerjasama antara CFMoto dan Yamaha merupakan aturan eksklusif untuk pasaran domestik China. "Perjanjian dengan CFMoto ini benar-benar usaha sama untuk menyokong pasaran China - yang sangat besar - dengan [model] Yamaha tertentu," kata de Seynes kepada Motorcycle News. Malah, pasaran motosikal China adalah antara yang terbesar di Asia, dan mengalami pertumbuhan yang amat pesat, khususnya di dalam segmen motosikal premium.
Usaha sama itu melahirkan syarikat baharu bernama Zhuzhou CF Yamaha Motor Co., Ltd, atau ZCYM. Menurut pengumuman Yamaha pada bulan September, CFMoto adalah pemegang saham majoriti dengan 50 peratus pemilikan syarikat baharu itu, manakala Yamaha adalah pemegang kepentingan minoriti sebanyak 44.23 peratus. Tair Yea Limited, sebuah syarikat pegangan daripang Hong Kong yang memegang baki 5.77 peratus.