Isu Terkini

Julai 2024

Warta Produk / 26 Ogos 2020

Michelin Pilot Street 2 Beri Tunggangan Penuh Keyakinan

Setiap penunggang sentiasa mahukan perjalanan yang selamat dan menggembirakan. Untuk itu, memiliki tayar yang berkualiti sangat penting agar setiap destinasi dapat dikunjungi tanpa sebarang masalah dan keraguan. Bagi mereka yang menggunakan motosikal sebagai alat pengangkutan harian, masalah kebocoran adalah yang paling ditakuti. Selain menyebabkan kelewatan, tayar bocor juga adalah salah satu punca berlakunya kemalangan.

Terima kasih buat Michelin Malaysia yang bermurah hati memberi sepasang tayar Pilot Street 2 yang telah kami uji pada jarak 2,740 kilometer (ketika artikel ini ditulis). Sebelum ujian ini dijalankan, apa yang ingin benar-benar kami harap ialah daya cengkaman dan jangka hayat yang ditawarkan oleh tayar ini. Adakah ia sama seperti yang dikatakan iaitu “Safe When Dry, Safe When Wet”. Oleh itu, sepanjang ribuan kilometer yang ditempuh, Michelin Pilot Street 2 ini dibawa ke merata tempat seperti laluan bandar, lebuhraya dan laluan kampung dalam pelbagai keadaan tidak kira panas mahupun hujan.

Apa kelebihan tayar ini? Produk dari jenama tayar rasmi perlumbaan MotoGP ini direka menggunakan teknologi serba moden untuk kemantapan prestasi di permukaan basah dan kering. Tahap cengkaman yang cukup cemerlang itu dinikmati menerusi rekacorak bunga tayar dan sebatiannya. Okay, rekabentuknya memang 'cun' dan sporty – ia diinspirasikan oleh DNA tayar yang digunakan dalam perlumbaan MotoGP. Jalur bunga dan sebatiannya pula direka oleh jurutera yang cukup pakar untuk jangka hayat yang lebih lama.

Michelin Pilot Street 2 mulanya diuji di laluan luar bandar. Ada tempat berpasir, berlopak, cantik bersih dan berlubang-lubang. Tahap cengkaman tayar ini cukup cemerlang dan kami dapat memperlahankan kelajuan tanpa keraguan walaupun sedikit pun. Tayar depan tidak terasa ingin tergelincir ketika tuas brek di tarik keras. Perihal yang sama turut dimiliki oleh tayar belakang ketika kami menggunakan cengkaman untuk dapatkan sudut miringan yang betul di dalam selekoh.

Dari pertengahan Disember hinggalah awal Januari lalu, negara kita mengalami ketidaktentuan cuaca yang agak unik. Cuaca cantik dan panas di sebelah pagi tetapi bertukar mendung serta hujan lebat menjelang petang. Hampir setiap hari kami berulang alik dalam cuaca sebegini.

Di sinilah kami berpeluang merasakan peningkatan paling ketara yang berjaya ditawarkan oleh Michelin menerusi produk ini.

Kualiti cengkaman Pilot Street 2 sewaktu menunggang di permukaan jalan basah agak mengagumkan. Kemampuannya mengekalkan daya cengkaman tidak kira di suhu tinggi mahupun rendah telah membuktikan kebijaksaan para jurutera dan pengalaman luas jenama ini sebagai pengeluar tayar terkemuka dunia.

Melihat kepada rekacorak bunga tayar ini. Alur bahagian sisi yang progresif dan alur panjang di tengah-tengah tayar hadapan memang direka untuk menggigit permukaan jalan dengan baik seterusnya menjadikan pengendalian lebih mudah. Tayar belakang turut disempurnakan dengan alur sisi progresif dan alur tengah kecil membantu proses perlepasan air berjalan dengan efisien tanpa mengurangkan daya cengkaman.

Jujurnya, kami sukakan kelajuan dan laluan berselekoh. Tidak kiralah sama ada menunggang jentera 1,000cc atau 135cc, kami akan memulas pendikit ke tahap maksimum. Jentera yang kami pasangkan dengan tayar-tayar bersaiz 70/80-17 (depan)/ 70/90-17 di belakang boleh dipecut pada kelajuan 120km/j (bacaan GPS) dan Pilot Street 2 ternyata amat membantu dalam pengendalian yang optimum dan kestabilan tinggi. Kami juga mampu memiringkan jentera dengan pantas tanpa rasa membuang.

Walaupun sudah menghampiri 3,000 kilometer perjalanan di pelbagai jalan dan cuaca, prestasinya yang terus cemerlang sehingga kini membuatkan kami benar-benar kagum dengan kemampuan sebenar tayar ini. Ia membolehkan setiap pelanggan menikmati keseronokan menunggang dan pada masa yang sama, keselamatan penunggang yang dijamin. Sebagai pencinta dan pemilik motosikal, itulah yang sentiasa kami inginkan.

Untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan, terdapat lebih daripada 1,000 pusat pengedar rasmi Michelin di seluruh negara. Dapatkan Michelin Pilot Street 2 dengan mengunjungi para pengedar sah mereka sekarang. Jangan tunggu lama-lama! RR

Isu Pada

Mac 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.