Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 29 November 2023

Kaliper Brek Brembo Hypure Diperkenalkan

Seperti yang kami paparkan sebelum ini, Brembo telah meperkenalkan kaliper brek motosikal untuk motosikal berprestasi tinggi yang digelar GP4-MotoGP. Tetapi seperti yang dijangkakan, harganya meletakkannya di segmen kayangan dan untuk motosikal-motosikal sport eksklusif. Jadi, bagi segmen motosikal yang lebih "biasa," terdapat kaliper brek Brembo Hypure yang terbaharu.

Namanya merupakan gabungan dua perkataan iaitu hyper yang bermaksud lebih super daripada super, dan pure iaitu tulen.

Kaliper ini juga merupakan jenis monobloc, walaupun ia bukan dimesin daripada suatu bongkah. Namun ia amat kukuh dan Brembo dapat mengurangkan keberatannya sebanyak 10 peratus daripada kaliper brek spesifikasi tinggi yang sebelum ini, iaitu Brembo Stylema. Kaliper brek yang lebih ringan mengurangkan keberatan serta daya yang dihasilkan agar ia tidak mengganggu pergerakan fork depan. Juga, kaliper baharu ini dikatakan dapat menambahbaik daya serta kepekaan ketika membrek.

Brembo telah meningkatkan kebolehan pemindahan haba dengan kaliper Hypure agar kuasa membrek tetap ada walaupun di dalam keadaan yang ekstrim seperti di atas litar. Kaliper ini menggunakan spring, pad dan pin yang telah dibuat khusus dan dipaten agar pad dan kaliper berkedudukan dengan lebih sempurna. Justeru ia mengurangkan daya membrek lampau apabila tuil brek dilepaskan dan ini dapat mengurangkan geseran berlebihan serta memanjangkan hayat pad.

Bentuk luarannya telah juga diubah dan menunjukkan rekabentuk yang unik. Walaupun kaliper ini lebih tertumpu kepada kegunaan jalanan, Brembo berkata ia juga boleh digunakan di atas litar.

Popular

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

  • Warta Roda

    Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

  • Model Baru

    JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Umum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

BMW Motorrad secara rasminya mengumumkan harga untuk model Heritage mereka iaitu BMW R 12.

Model Baru

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Zongshen melancarkan 4 model terbaru iaitu CX650, RA600, RE600 & RT3E.

Dari Litar

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Pelumba negara, Qabil Irfan kini telah mendapat persetujuan sebagai atlet Alpinestars.