Topi Keledar Shoei X-Fifteen Diperkenalkan - Harga Bermula RM2,850

Sinar Puncak Sdn Bhd selaku pengedar rasmi dan pengimport topi keledar Shoei di Malaysia telah melancarkan produk terbaru iaitu X-Fifteen ke dalam Pasaran. Pada majlis pelancaran yang diadakan di Lightbox, Sungai Buloh, seramai 100 orang pemilik pertama X-Fifteen turut dijemput dan berpeluang memilih grafik dan menetapkan saiz pilihan masing-masing menerusi sesi Sistem penyesuaian Peribadi (PFS). Setiap pemilik juga menerima hadiah edisi terhad X-Fifteen.
Salah satu ciri utama pada topi keledar ini menerusi kemudahan terowong angin yang baru dengan menawarkan tahap aerodinamik yang berkecekapan tinggi sehingga kelajuan 350km/j. Selain menyubang kepada kestabilan semasa menunggang, ia juga mengurangkan kadar seretan sehingga 6.1% dan daya angkat 6.1% berbanding dengan model terdahulu.
Penggunaan cengkerang gentian kaca enam lapis AIM+ (Advanced Integrated Matrix Plus) menjadikan topi keledar X-Fifteen ini lebih ringan, selamat dan mampu menahan hentakan atau impak. Dari segi proses pengudaraannya lebih efisien dengan tujuh lubang udara yang boleh ditutup dan enam lubang udara keluar. Manakala sistem penyejuk pipi yang inovatif dapat menyegarkan bahagian pipi pengguna semasa menunggang.
Terdapat sistem pengunci visor dua tahap untuk menghalang cermin 'visor' daripada terbuka atau tertanggal ketika kemalagan. Yang paling penting, Shoei X-Fifteen ini mematuhi piawaian standard keselamatan homologasi ECE22.06 dan FIM terkini. Topi keledar ini dilengkapi dengan visor CWR-F2R untuk menawarkan penglihatan yang lebih jelas serta melindungi visor daripada berkabus dalam pelbagai jenis cuaca.
Shoei X-Fifteen didatangkan dalam pelbagai warna yang menarik bermula dari saiz XS sehingga XXL. Topi keledar ini ditawarkan pada harga runcit RM2,850 (warna Plain), RM3,350 (grafik) dan RM3,500 (replika perlumbaan). RR