Minyak Enjin Motosikal Sintetik Penuh Shell Advance Long Ride Hadir Dengan Pek 1.2 Liter Baru

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd baru-baru ini telah memperkenalkan minyak enjin motosikal sintetik penuh Shell Advance Long Ride 10W 40 Premium dengan pek 1.2 liter baharu. Minyak enjin ini ditawarkan pada harga RM68.80.
Shell Advance Long Ride merupakan minyak enjin motosikal 4T sintetik penuh yang dirumus bersama PurePlus Technology. Teknologi ini diasas oleh Shell untuk mendapatkan minyak asas asli sebanyak 99.5% daripada gas asli. Proses ini berlaku untuk memberikan daya tahan lebih tinggi dalam pemanduan jarak jauh sehingga 6,000 kilometer.
Minyak enjin ini juga dirumus oleh teknologi Active Cleansing untuk mengekalkan enjin lebih bersih. Shell Advance Long Ride kekal lebih lama dalam gred dan pergerakan dalam enjin berfungsi dengan lebih efisien terutama untuk perjalanan yang jauh. Para penunggang bakal menikmati ketenangan dengan pengunaan minyak yang lebih rendah. Selain itu, kebanyakkan motosikal terkini memerlukan minyak enjin sebanyak 1.2 liter untuk prestasi dan perlindungan enjin yang lebih optimum.
"Shell Advance Long Ride bukan sahaja memenuhi keperluan setiap penunggang tetapi menawarkan beberapa manfaat yang lain. Antara manfaat tersebut seperti anda tidak perlu membuat pembelian secara kerap. Ia juga memastikan motosikal mendapat jumlah pelincir yang tepat untuk prestasi dan ketahanan enjin yang terbaik. Ini akan memudahkan proses penyelengaraan motosikal lebih mudah serta efisien," kata Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew.
Minyak enjin motosikal sintetik penuh Shell Advance Long Ride 10W 40 Premium dalam pek baharu ini telah dilancarkan di sebuah bengkel motosikal di Sentul. Pada hari pelancaran, para pembeli yang membuat pembelian minyak enjin tersebut turut mendapat pemeriksaan minyak secara percuma. Para pelanggan juga berpeluang menyertai pelbagai permainan menarik dan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik seperti jaket Ducati dan tiket MotoGP Malaysia 2023 yang akan berlangsung tidak lama lagi. RR