Awas - Visor Helmet Copy-Ori Boleh Bahayakan Kita

Visor merupakan antara komponen helmet yang terpenting buat kerana ia melindungi mata dan muka pengguna. Tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang membuat visor helmet tiruan (atau dalam bahasa kasar “copy-ori”) dan ia boleh membahayakan kita sebagai pengguna. Yang menakutkan ialah terdapat berbagai visor tiruan untuk model-model helmet yang popular di dalam pasaran dan bukan sahaja untuk helmet GIVI.
Visor helmet yang tulen (“ori”) sebenarnya telah diluluskan melalui sesuatu piawaian helmet sebelum ia boleh dipasang pada helmet yang dijual, mahupun sebagai alat ganti. Contohnya, visor untuk helmet GIVI M35.0 Scudo.
Helmet ini serta segala komponennya telah diluluskan di bawah piawaian ECE R22.06 (UN R22.06) yang merupakan piawaian terbaharu. Ia merangkumi banyak ujian rumit yang wajib bagi mendapatkan kelulusan.
- Ketahan kepada tembusan projektil.
Untuk ujian ini, sebiji bola keluli 6mm ditembak kepada visor pada 290 km/h (80 m/s). Visor itu hendaklah menahan daripada ditembusi bola tersebut.
- Tidak boleh pecah berkecai
Jika visor pecah, ia tidak boleh pecah berkecai kepada bahagian-bahagian kecil.
- Ketelusan cahaya
Visor juga diuji samada cahaya daripada lampu isyarat jalan dapat dilihat melalui visor yang gelap, seperti sunvisor.
- Pembiasan cahaya
Ujian ini melihat pembiaskan (refraction) serta tahap pemesongan (distortion) cahaya. Visor yang lulus ujian ini memberikan pemandangan yang jelas. Bayangkan kalau anda pakai cermin mata yang memesongkan cahaya – pening kepala!
- Ketahan kepada unsur-unsur
Akhirnya, visor diuji samada ia tahan calar. Visor yang diwawarkan mempunyai ciri anti-kabus diuji samada ia berkabus.
Ujian-ujian ini bukan sahaja dijalankan untuk visor utama, tetapi juga ke atas sunvisor (visor kecil di dalam) jika helmet itu mempunyai ciri ini!
Visor yang lulus ujian-ujian piawaian ini akan mempunyai suatu cop yang samada dicetak dengan laser atau dibuat sekali di dalam acuan visor.
- E1 di dalam bulatan: Makmal berkanun di dalam negara manakah yang meluluskan visor ini.
06300599-006603: Dua angka yang pertama iaitu “06” menunjukkan bahawa visor ini telah lulus piawaian ECE R22.06. Nombor selainnya ialah nombor fail model visor ini.
Percayalah, visor tiruan tidak melalui segala ujian-ujian yang dihuraikan di atas dan itulah sebabnya mereka boleh dijual dengan harga yang tidak masuk akal. Ia kerana pembuat visor tiruan tidak perlu membuatkan visor mereka lebih tahan kepada unsur-unsur yang boleh membahayakan pengguna.
Akhir kata, visor yang tulen merupakan ansuran yang terbaik buat kita kerana isu keselamatan tidak boleh dikompromi. Motosikal kita ada alat ganti, tetapi bolehkan kita gantikan mata dan kulit muka kita?