Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 12 Ogos 2023

Puig Perkenalkan Penyejuk Brek

Anda mungkin pernah nampak penyejuk brek yang dipasang pada brek depan motosikal MotoGP dan WSBK. Fungsinya ialah untuk mengalirkan udara ke cakera brek serta pad brek, agar komponen-komponen ini kekal sejuk dan beroperasi pada tahap optimum. Terdapat juga beberapa model motosikal jalanan berspesifikasi tinggi seperti Aprilia Tuono V4 Factory yang dilengkapi dengan komponen ini. Sekarang, pembuat aksesori motosikal daripada Sepanyol, Puig memperkenalkan penyejuk brek.

Menerusi gambar-gambar yang disediakan oleh Puig, aksesori ini dapat boleh dipasangkan pada motosikal-motosikal yang menggunakan fork yang mengunci gandarnya dengan bolt di hadapan. Gambar-gambar tersebut motosikal-motosikal Yamaha YZF-R1 dan Kawasakai Ninja ZX-10R.

Menurut Puig lagi, penyejuk brek ini dapat mengurangkan suhu brek sebanyak 10 darjah Celsius. Ia amat berguna untuk kegunaan di atas litar. Puig juga mendakawa bahawa penutup komponen ini dapat melancarkan aliran udara dan memberikan ciri aerodinamik yang lebih baik pada kelajuan tinggi.

Satu perbezaan komponen ini ialah ia diperbuat daripada plastik ABS, berbanding dengan gentian karbon yang digunakan oleh motosikal perlumbaan.

Adakah kita akan lihat komponen ini pada Ysuku dan Y16ZR kelak? Sudah tentunya.

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis.

Warta Roda

Honda CBR150R Hadir Dengan Warna Serba Baru!

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan Honda CBR150R dengan skema warna baharu lebih menarik. Warna serba menawan ini adalah inspirasi daripada DNA Honda Racing ikonik seperti mana yang dilihat pada model lagenda CBR1000RR-R, CBR650R dan CBR250RR.

Warta Roda

Penunggang motosikal maut terbabas ke dalam parit

Seorang lelaki berusia 57 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Kampung Engkeramut.

Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar, kali ini melibatkan 22 buah motosikal...

Sebanyak 22 buah motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Laluan Utama Kampung Tekah Baru, di sini hari ini.