Isu Terkini

Julai 2024

Warta Produk / 10 April 2014

Dainese D-Air Racing : Bermotor Kini Lebih Terjamin!

Sebagai seorang pencinta motosikal, tiada yang bernilai daripada keselamatan diri sewaktu kita memacu laju. Walaupun ianya amat dirisaukan tetapi insiden yang tidak diingini kadang-kala tetap berlaku walaupun berbagai langkah keselamatan diambil. Oleh itu, kita sememangnya inginkan produk pakaian keselamatan yang mampu memberi perlindungan optimum dan menambah keyakinan.

JR Apparels Sdn Bhd selaku pengedar sah jenama Dainese di Malaysia dan Singapura telah memperkenalkan sut perlumbaan istimewa, Dainese D-Air Racing yang dilengkapi dengan sistem beg udara berkualiti tinggi. Majlis pengenalan D-Air Racing ini telah disempurnakan oleh pelumba MotoGP, Pol Aspargaro sambil ditemani oleh En. Tan Soon Cheong, Pengarah JR Apparels Sdn Bhd dan En. Tommaso Bruzzese, Pengarah Dainese Bahagian Asia Tenggara.

Ia merupakan hasil penyelidikan R&D selama 10 tahun dengan koleksi data selama 5,000 jam dan lebih daripada 100 jenis kemalangan sebenar di atas litar. D-Air Racing juga dicipta hasil gabungan inovatif moden dengan sistem perlindungan tradisional yang mengutamakan ergonomik, selesa dan keberatannya. Antara bahagian anggota badan yang diberi pengutamaan ialah bahu, tulang selangka, bahagian atas dada, leher dan kepala.

Produk keluaran Dainese ini juga menerima sijil TUV SUD (badan yang mempunyai kepakaran dalam bidang sistem perlindungan dan teknologi pembuatan beg udara) yang memberi pengiktirafan melalui aspek kemampuan memberi perlindungan, selamat dari segi elektronik dan ergonomik. Menurut ujian yang dilakukan mengikut tahap piawaian Eropah, D-Air Racing berjaya mengurangkan tahap hentakan 85% lebih baik daripada pelindung badan jenis komposit biasa.

D-Air Racing juga merupakan produk yang dihasilkan menggunakan teknologi terkini yang dibuktikan dengan pengaktifan beg udara ini dalam masa yang sangat-sangat singkat. Apabila berlakunya hentaman, perlanggaran atau kemalangan, sistem perlindungan ini diaktifkan kurang daripada 15 milisaat manakala masa untuk beg udara mengembung ialah sekitar 30 milisaat. D-Air Racing juga sangat pintar, ia mampu mengenal pasti kuasa hentaman atau jenis kemalangan dengan adanya beberapa sensor agar pengaktifan beg udara ini hanya dilakukan pada saat-saat yang diperlukan.

“Ia adalah kemestian buat para pelumba malah kepada semua yang mementingkan keselamatan untuk memilih produk Dainese ini kerana ia memberikan kita keyakinan tinggi sewaktu di atas litar. Selain melindungi, D-Air Racing juga cukup selesa dipakai walaupun selepas beg udara itu sudah diaktifkan. Kita masih dapat menunggang tanpa merasakan memikul sebarang bebanan,” kata Pol Aspargaro.

Bagi pengguna D-Air Racing, proses pemasangan semula sistem beg udara ini hanya dapat dilakukan di JR Pte Ltd di Singapura dan untuk memudahkan para pelanggan Dainese di Malaysia, sut perlumbaan ini juga boleh dihantar ke JR Apparels Sdn Bhd yang terletak di Taman Tun Dr Ismail. Harga istimewa untuk sepasang D-Air Racing ialah RM9,888 (harga biasa RM12,888).

Ia pastinya sebuah produk yang sangat perlu dimiliki oleh para pencinta motosikal di seluruh dunia. D-Air Racing juga merupakan pilihan lagenda MotoGP iaitu Valentino Rossi dan Juara MotoGP 2006, Nicky Hayden. Miliki dan alami keistimewaannya. RR

Isu Pada

April 2014

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.