Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 14 Jun 2023

Gracshaw Lancarkan Topi Keledar Edisi Jepun

Gracshaw, jenama topi keledar buatan Malaysia menambah koleksi mereka dengan pelancaran topi keledar Edisi Jepun baru yang terdiri daripada enam rekacorak grafik cukup unik iaitu Kurita, Tsuru, Japop, Tengu, Oda dan Karasu.

Model popular Gracshaw Gennx dipilih untuk diwarnakan dengan rekacorak baru ini dan ditawarkan pada harga RM420.  Lebih menarik, setiap pembelian akan layak untuk mendapat beg galas eksklusif. Pihak Gracshaw turut merancang untuk mengekspot produk tersebut ke pasaran lain di Rantau Asia.

“Ini merupakan rangkaian topi keledar paling unik dan menarik daripada Gracshaw dan kami telah mengambil masa lapan bulan daripada peringkat konsep hinggalah ke pengeluaran. Kami memahami kepentingan memakai topi keledar yang baik dan sesuai setiap kali menunggang. Visi kami adalah untuk menawarkan pelindung kepala yang menggabungkan kualiti, keselesaan dan gaya bagi memenuhi kehendak penunggang yang canggih,” kata En. Farizan Md Akir, Bahagian Pemasaran.

Setiap rekacorak Edisi Jepun ini memiliki kisahnya yang tersendiri:

Kurita merupakan ilham kisah dongeng Jepun yang popular yang menampilkan sotong gergasi yang dihantar untuk mendapatkan semula permata suci yang dicuri dari Istana Raja Naga oleh penyelam mutiara, Puteri Tamatori.

Tsuru pula mewakili Burung Jenjang bermahkota merah, yang merupakan antara burung yang paling jarang ditemui di dunia. Ramai yang menganggap burung ini sebagai simbol tuah, umur panjang dan kesetiaan.

Japop pula yang diinspirasikan oleh anime dan manga sebagai sesuatu yang menarik. Gabungan unsur-unsur tradisional yang menarik seperti ikan dan haiwan dengan dinosaur dan watak manga popular, Astro Boy.

Tengu pula melambangkan makhluk sakti nakal daripada cerita rakyat Jepun yang dikatakan memiliki kuasa mengawal angin yang hebat. Dengan muka merah, hidung panjang, jubah dan sayapnya, tengu tidak boleh diusik kerana dia boleh menyebabkan huru-hara.

Oda merupakan rekacorak yang memberi pengiktirafan kepada Nobunaga Oda, hulubalang Jepun yang berani semasa zaman Sengoku yang telah berjaya menyatukan Jepun pada tahun 1560an. Oda telah mengalahkan tentera yang berjumlah 10 kali ganda berbanding pasukannya sendiri.

Reka bentuk terakhir, Karasu menampilkan senjata yang digunakan oleh para ninja seperti shuriken, kunai dan kusarigama. Ninja tersohor, Hattori Hanzo. Beliau pernah mengetuai pasukan pahlawan ninja perkasa seramai 200 orang dan dikatakan memiliki pelbagai kebolehan ghaib yang membuatnya tidak dapat dikalahkan. RR

Isu Pada

Julai 2023

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.

Warta Roda

Kembara 60,000km ke Eropah Bersama Ducati Multistrada

'The Multistrada 60,000 km European Tour' telah berakhir dengan jayanya. Ia merupakan pengembaraan epik bermula dari Perancis yang menyaksikan jentera Ducati Multistrada Rally V4 ditunggangan secara berganti-ganti (relay) merentasi lapan buah negara di Eropah dan berakhir di Borgo Panigale.

Model Baru

KAMAX CUB X temui peminat offroad tahun ini

KTNS Holdings Sdn Bhd akan menampilkan model terbaru, KAMAX Cub X ke pasaran negara sekitar bulan September 2025 ini.

Dari Litar

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Pelumba negara, Qabil Irfan kini telah mendapat persetujuan sebagai atlet Alpinestars.