Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 30 Mei 2023

Spesifikasi BMW R 1300 GS (2024) Baharu Didedahkan

BMW Motorrad sedang di dalam proses menguji model terbaharu, BMW R 1300 GS (2024). Beberapa gambar model baharu ini yang sedang menjalankan ujian telah dibocorkan di internet tidak lama dahulu namun spesifikasinya masih menjadi tanda tanya pada ketika itu. Kini, MotorradOnline telah mendedahkan beberapa spesifikasi enjin yang telah difailkan untuk homologasi di Switzerland.

Seperti biasa, model baharu ini tetap menggunakan enjin jenis dua silinder Boxer (dua piston berlawanan mendatar) dengan kapasiti yang ditingkatkan kepada 1300cc, berbanding 1254cc pada model R 1250 GS yang sedia ada. Menurut fail tersebut, enjin baharu ini akan menghasilkan 143.5hp pada 7,750 RPM, berbanding dengan 125hp, dan tork sebanyak 149.0Nm pada 6,500 RPM berbanding dengan 129Nm. Kelajuan maksimum, top speed, model baharu juga meningkat kepada 225km/j berbanding dengan 219km/j. Apapun, majalah tersebut tidak menyatakan samada model baharu ini tetap menggunakan ciri BMW ShiftCam. Peningkatan prestasi ini tidak kelihatan banyak mungkin kerana model-model kenderaan bagi pasaran Switzerland dikurangkan kuasa enjin dan kelajuan.

Selain daripada itu, R 1300 GS ini mempunyai jarak roda yang lebih panjang daripada model yang sedia ada (1519mm vs. 1504mm).

Tambah lagi, model 2024 akan mempunyai ciri radar pandang depan dan belakang, yang membolehkan kawalan jelajah (cruise control) adaptif. Teknologi ini telah digunakan oleh R 1250 RT sebelum ini.

BMW Motorrad dijangka melancarkan R 1300 GS (2023) pada bulan Julai kelak.

Gambar menunjukkan model BMW R 1250 GS. 

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Pandu Uji

Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

Okay...sekarang masa untuk menikmati MT-09 V4 pula, Saya dan Redz bertukar-tukar motor, nanti boleh borak tentang perbezaan dan persamaan antara kami berdua. Tinggi Redz sekitar 168cm dan saya pula 179cm, mesti lah ada beza kan?

Warta Roda

Lagi Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah Rempuh Dua Motosikal

Lagi nahas tentang kereta langgar lampu isyarat Merah dan merepun dua motosikal.

Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar, kali ini melibatkan 22 buah motosikal...

Sebanyak 22 buah motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Laluan Utama Kampung Tekah Baru, di sini hari ini.