Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 26 Mei 2023

Harley-Davidson X440 Didedahkan lebih Awal

Harley-Davidson telah melancarkan dua model lightweight iaitu X350 dan X500 di China sebelum ini, yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Qianjian Motor. Kali ini, Harley-Davidson X440 pula didedahkan, sebelum tarikh pelancaran rasminya pada 4 Julai 2023.

Model X440 ini merupakan kerjasama dengan pembuat motosikal India, Hero MotoCorp. Ia akan dijual di dalam pasaran itu dan mungkin juga di beberapa pasaran Asia.

Rekabentuknya berupa seperti kedua-dua model yang dibuat di China juga, yang merupakan jenis motosikal naked, atau standard. Ia sungguh berlainan dengan rekabentuk motosikal jenis cruiser yang sinonim dengan jenama Harley-Davidson.

Namun, terdapat beberapa sifat Harley yang boleh dinampakkan iaitu lampu LED berbentuk bulat, serta rim aloi yang seperti terdapat pada model Sportster yang lampau.

Pembuat itu belum lagi membongkarkan spesifikasi model X440, tetapi ia jelas menggunakan enjin jenis silinder tunggal dengan merujuk kepada kepala paip ekzos yang tunggal. Selain daripada itu, ia tiada radiator dan blok enjin mempunyai sirip penyejukan, bermaksud ia merupakan jenis penyejukan udara.

Model dilihat sebagai pencabar kepada beberapa motosikal retro moden yang terdapat di dalam pasaran India seperti Royal Enfield Meteor 350, Jawa 42 Bobber, dan Benelli Imperiale 400.

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.

Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.

Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.

Model Baru

KAMAX CUB X temui peminat offroad tahun ini

KTNS Holdings Sdn Bhd akan menampilkan model terbaru, KAMAX Cub X ke pasaran negara sekitar bulan September 2025 ini.