Visiodry Pro - Adakah ini Produk yang Dicari-cari Selama Ini?

Penulis ini telah menunggang motosikal selama 35 tahun (secara "halal" iaitu dengan berlesen) tetapi masih dibelenggu dengan masalah air hujan melekat pada visor helmet4 dan menyebabkan kesulitan untuk melihat jalan ketika hujan lebat. Dia telah mencuba berbagai produk namun tiada satu pun yang boleh memuakan hati kerana air tetap melekat. Kini, sebuah syarikat Perancis, Surfactis Technologies telah memperkenalkan satu produk yang dinamakan Visiodry Pro yang dikatakan dapat menghalang air daripada melekat pada sesuatu permukaan yang telah dirawat dengannya.
Menurut mereka, produk ini telah melalui penyelidikan dan perkembangan selama 6 tahun, dan telah mendapat dua paten (hak rekacipta). Visiodry membuatkan sesuatu permukaan pepejal menjadi superhyrdrophobic (menolak air dengan sangat berkesan) kerana titisan air akan melantun daripada sesuatu permukaan tanpa melekat langsung. Oleh itu, ia amat sesuai untuk aplikasi motosikal, khususnya visor topi keledar, serta cermin pandang belakang. Penyelidikan mereka juga mendapati bahawa air hujan juga tidak melekat walaupun ketika objek itu tidak bergerak. Ciri ini diterangkan oleh Stéphane Bejanin yang merupakan seorang pakar dalam bidang biofizik serta kimia, yang juga merupakan salah seorang pengasas Surfactis Technologies.
Oleh itu, produk ini juga sesuai bagi banyak aplikasi yang lain seperti cermin kereta, gogggle motocross, cermin mata dan sebagainya.
Surfactis juga berkata bahawa setiap rawatan Visiodry secara semburan boleh bertahan sehingga dua bulan sebelum perlu dirawat semula. Setiap botol 35ml yang berharga USD 24 (MYR 110) dan boleh bertahan sehingga setahun. Jika anda bertanyakan pendapat kami, kami rasa ia sungguh berbaloi kerana keselamatan kita lebih penting.
Belum ada pengimpot dan pengedar untuk produk ini di Malaysia ketika ini, jadi adakah sesiapa yang berminat untuk menjualnya di sini?
Bagaimana pula dengan visor yang berkabus di sebelah dalam? Sudah ada produk untuk tujuan ini iaitu Pinlock.
Sumber: Surfactis Technologies