Tayar Avon akan Mengorak Langkah Baharu di bawah Goodyear

Tayar jenama Avon telah mengumumkan muflis pada tahun lepas (2022) dan akhirnya dibeli oleh pembuat tayar Goodyear. Sekarang, Goodyear telah mengumumkan suatu pendekatan yang baharu bagi jenama Avon, serta untuk Dunlop yang juga berada di bawah naungan Goodyear.
Siaran media Goodyear mengatakan bahawa mereka akan menumpukan perhatian kepada pusat perkembangan produk motosikal mereka yang bertempat di Montlucon, Perancis. Pusat inilah yang membangunkan tayar-tayar Dunlop yang digunakan di dalam kejuaraan Moto2 dan FIM Endurance World Championship (FEWC).
Banjaran tayar Avon akan disingkatkan kepada produk teras seperti:
- Cobra Chrome (cruiser).
- Roadrider MKII (sport-tourer).
- 3D Supersport (hypersport).
- Spirit ST (sport-tourer).
- Streetrunner (sport-tourer).
- Trailrider (adventure).
- Trekrider (adventure).
- Safety Mileage MKII (klasik).
- Speedmaster MKII (klasik).
- Viper Stryke (skuter).
"Dunlop and Avon mempunyai sejarah yang boleh dibanggakan. Banjaran produk kedua-dua ini berbeza dan dapat melengkapkan satu sama lain. Oleh itu, ia memberikan suatu peluang untuk menawarkan pilihan tayar yang luas kepada pengguna serta pelumba."
"Kami juga akan memperkenalkan teknologi baharu untuk kedua-dua jenama mulai 2024 dan seterusnya."
Kepada peunggang-penunggang dan peminat-peminat motosikal otai, anda pasti ingat bahawa Goodyear pernah menghasilkan tayar motosikal dan berjaya memenangi beberapa kejuaraan perlumbaan, sebelum menarik diri pada abad-abad 70an hinggalah awal 80an.