Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 24 Mac 2023

Pirelli Diablo Supercorsa V4 Dilancarkan. Bakal Masuki Pasaran Negara Tidak Lama Lagi

Sejak dari awal perhubungan di antara Pirelli dan WSBK, model Diablo Supercorsa merupakan produk terbaik yang menawarkan prestasi sporty dan sangat mengagumkan. Kini, lahirlah siri terbaru yang lebih baik berbanding sebelumnya iaitu Diablo Supercorsa V4. Terdapat dua varian untuk model ini iaitu Diablo Supercorsa SP V4 dan Diablo Supercorsa SC V4.

Majlis pelancaran tayar Pirelli Diablo Supercorsa V4 ini telah diadakan di Litar Antarabangsa Phillip Island pada 27 Februari 2023 bersempena perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan WorldSBK 2023.

Pirelli Diablo Supercorsa SP V4.
Pirelli Diablo Supercorsa SP V4.

Apakah perbezaan di antara Diablo Supercorsa SP V4 dan Diablo Supercorsa SC V4?

Diablo Supercorsa SP V4 direka untuk kegunaan Jalanan dan Litar. Memiliki pelbagai-sebatian (multi-compound) untuk lebih cengkaman dan memberikan prestasi jauh lebih mantap berbanding sebelum ini. Versi SP terbaru ternyata berjaya dipertingkatkan untuk memberi tahap cengkaman yang lebih mantap.

Ia disempurnakan dengan rekaan bunga tayar evolusi 'flash' atau petir yang meningkatkan prestasi di laluan berselekoh dan memberikan pengaliran air lebih baik. Di bahagian tepi sisi tayar ini menggunakan 100% tayar slick untuk kekuatan cengkaman di sudut miringan paling rendah.

Struktur baru untuk model V4 ini 'diambil' terus dari makmal Diablo SBK yang menggunakan bahan terulung dunia perlumbaan, benang struktur dalaman lebih tebal, struktur ketebalan lebih luar dan kemampuan untuk meredam dengan baik.

Pirelli Diablo Supercorsa SP V4
Pirelli Diablo Supercorsa SP V4

Bunga Tayar Hadapan: Diablo Supercorsa SP V4 merupakan model tayar motosikal hypersport pertama yang didatangkan dengan Dwi-Sebatian. Bahagian tengah dan asas dalaman menggunakan sebatian silika sepenuhnya. Jalur di tepi tayar itu pula menggunakan Sebatian Perlumbaan (Race Compund) iaitu 100% getah Carbon Black, lengkungan lebar seperti SC3 yang menawarkan kestabilan ketika peningkatan haba dan pengendalian yang tepat.

Diablo Supercorsa SC V4
Diablo Supercorsa SC V4

Diablo Supercorsa SC V4 pula merupakan satu penghasilan produk terus daripada teknologi perlumbaan yang dicipta dengan pemilihan sebatian yang bermutu tinggi. Kedua-dua varian kini hadir dengan bunga tayar rekaan baru, profil tayar baru, lapisan carcass berspesifikasi baru dan struktur tepi tayar yang lebih baik.

Ia sesuai untuk para peminat/pencinta litar, dunia perlumbaan atau acara track day. Varian ini menggunakan sebatian-tunggal dengan rekaan bunga tayar yang memberikan nikmat cengkaman ketika memerah pendikit di litar. Kita lihat dahulu ciri-ciri model sebelum ini.

SC1 – cengkaman terbaik
SC2 – kestabilan dan konsistensi cemerlang
SC3 – ideal untuk tunggangan lama dan pantas di litar

Supercorsa SC V4 hadir dengan ciri-ciri jalur dan bunga tayar perlumbaan, prestasi lebih mantap, kadar cengkaman tertinggi yang amat sesuai untuk tunggangan lama di atas litar khususnya.

Telah dilakukan perbandingan di antara model V4 SC SC3 dengan Supercorsa V3 SC SC3 bertempat di Litar Racalmoto yang memberi maklum balas dari segi prestasi iaitu: Lap Time lebih cepat (0.8”), kadar miringan 2º lebih dalam, penggunaan pendikit 5% lebih padu dan mampu mengekalkan kemantapan pada kekuatan 6% G-Force.

Supercorsa Diablo Supercorsa SP V4 dan SC V4: menggabung dan mempertingkatkan kemantapan tahap sentuhan di permukaan litar siri SC1, SC2 dan SC3, tahap kestabilan yang cukup tinggi dan prestasi mantap untuk berada di selekoh dengan tepat.

Pirelli Supercorsa SP V4 dan SC V4 dijangka akan tiba ke pasaran negara bermula suku kedua tahun ini dan harganya juga akan diberitahu kelak. RR

Isu Pada

April 2023

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.

Model Baru

KAMAX CUB X temui peminat offroad tahun ini

KTNS Holdings Sdn Bhd akan menampilkan model terbaru, KAMAX Cub X ke pasaran negara sekitar bulan September 2025 ini.

Warta Roda

Dua Maut, Motosikal Dirempuh Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah

Dua orang maut manakala tiga yang lain cedera parah selepas dua motosikal dirempuh sebuah kereta.

Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar, kali ini melibatkan 22 buah motosikal...

Sebanyak 22 buah motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Laluan Utama Kampung Tekah Baru, di sini hari ini.