Isu Terkini

Julai 2024

Warta Produk / 8 Mac 2023

Topi Keledar Shoei NXR2: Lebih Ringan, Lebih Aerodinamik. Harga dari RM2,400 hingga RM2,980

Sinar Puncak Sdn Bhd selaku pengedar dan pengimport topi keledar Shoei di Malaysia telah melancarkan model baru iaitu NXR 2 ke pasaran. Dengan adanya 15 pengedar sah di seluruh negara, pastinya NXR 2 ini mendapat respon yang sangat positif daripada para pengguna.

PURENESS REFINED merupakan slogan untuk Shoei baru ini dan ianya cukup sesuai memandangkan NXR adalah model paling lama dalam siri pengeluaran SHOEI. Proses penambahbaikan adalah evolusi yang dihasilkan oleh para pereka dan jurutera bertaraf dunia termasuklah teknologi ujian terowong angin yang canggih. Shoei NXR 2 bukan sahaja paling ringan dan kompak malah ia menepati piawaian Eropah ECE 22.06.

Shoei NXR 2 ini hadir dengan rekabentuk cengkerang luar yang aerodinamik berserta spoiler bersepadu yang bukan sahaja membantu tunggangan lebih selesa tetapi juga mengurangkan gangguan bunyi angin. Model baru ini juga menawarkan proses pengudaraan yang lebih efisien dengan enam corong kemasukan dan empat untuk pengeluaran udara.

Terdapat juga mekanisme penguncian center lock system untuk tujuan menghalang cermin 'visor' daripada terbuka secara tidak sengaja. Apabila kita menutup 'visor', selak 'tab' yang dicangkuk pada butang kunci visor itu untuk mengunci perisai/visor pada tempatnya.

Visor NXR 2 juga melindungi pemiliknya daripada sinaran UV manakala rekaan permukaan jenis 2D (berteknlogi 3D) menawarkan tahap penglihatan yang lebih baik. Pinlock EVO akan melindungi visor daripada kabus yang terjadi akibat suhu rendah atau ketika berada dalam hujan. Untuk NXR 2, ia telah direka semula dengan lebih besar (10%) untuk mempertingkatkan lagi daya pandangan.

Saiz untuk Shoei NXR 2 bermula dengan XS, S, M, L, XL dan 2XL. Harganya untuk warna hitam, putih, kelabu, hitam dan biru matt ialah RM2,400 manakala untuk corak grafik Accolade TC-10, Mural TC-10, Prologue TC 1 dan Scanner TC-5 ditawarkan pada harga RM2,899 seunit. Harga untuk rekacorak MM93 Collection Retro dan MM93 Retro (Marq Marquez) ialah RM2,980 seunit. RR

Isu Pada

April 2023

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.