Boks YH Pro CT3-36: Jadikan Perjalanan Lebih Praktikal
Sebagai penunggang motosikal, sudah tentu kita akan melalui puluhan dan ratusan kilometer untuk menyelesaikan pelbagai jenis urusan atau menjelajahi destinasi alam percutian yang menarik. Tidak dinafikan kotak barang atau boks adalah aksesori wajib yang perlu dimiliki oleh setiap penunggang motosikal.
Dengan adanya boks ini, kita dapat membawa lebih banyak barangan dalam suatu perjalanan. Lebih penting, muatan yang kita bawa itu selamat, terhindar dari basah hujan, tidak menambah bebanan penunggang dan turut jadikan motosikal kita bertambah cantik.
Untuk menjadikan perjalanan lebih selesa, YHPro telah melancarkan kotak barangan atau boks yang berkualiti tinggi dan sesuai untuk semua jenis motosikal. Boks baru CT3-36 bersaiz 36 liter diperbuat daripada aluminium bagi memastikan daya tahan yang tinggi. Dengan saiz yang sebesar ini, kita dapat memyimpan topi keledar biasa dan pelbagai barangan lagi.
Untuk menjamin perjalanan lebih meyakinkan, boks CT3-36 didatangkan bersama backrest, inner liner boleh tanggal yang boleh menyerap segala gegaran yang diperolehi ketika di atas motosikal. Boks CT3-36 36L ini ditawarkan pada dua warna menarik iaitu Hitam dan Silver. RR
Popular