Pelincir Terbaru Grantt Quadra Diperkenalkan
UMW Grantt International Sdn Bhd telah melancarkan pelincir terbaru iaitu Grantt Quadra SAE 10W-50 Racing 4T pada awal Mei lalu. Bertempat di Litar Elite Speedway, pelincir terbaru di pasaran ini telah diperkenalkan oleh Ketua Serantau Bahagian Pelincir, UMW M&E Sdn Bhd, En. Anas Nasrun Mohd Osman ditemani oleh Pengurus Besar UMW Grantt International Sdn Bhd, En. Mohd Asri Jusoh.
“Penambahan terbaru kepada barisan pelincir Quadra ini adalah hasil kebijaksaan para jurutera kami yang berdedikasi, pakar teknikal dan seluruh kumpulan yang menjayakan pembangunan produk ini. Di Malaysia, jentera dua roda merupakan pengangkutan paling penting dan popular di kalangan para pengguna jalan raya. Dengan enjin yang dibangunkan menjadi lebih maju dan efisien, ia memerlukan penjagaan dan perlindungan berterusan agar prestasi terus cemerlang. Menerusi Quadra SAE 10W-50 Racing 4T, enjin motosikal akan mendapat perlindungan yang sewajarnya,” kata En. Anas Nasrun.
Pelincir terbaru ini merupakan jentera sintetik penuh yang disempurnakan daripada teknologi Patented Ester yang direka khas untuk semua jenis enjin empat lejang termasuk di jalanan biasa, berprestasi tinggi, jentera sport dan enjin empat lejang yang lain. Quadra SAE 10W-50 Racing 4T juga direka untuk disesuaikan dengan enjin yang menggunakan sistem sejukan cecair mahu pun udara.
Teknologi Patented Ester bukan sahaja menawarkan tahap efisiensi tertinggi pada prestasi enjin tetapi juga melancarkan sistem transmisi dan klac agar tunggangan lebih lancar pada semua keadaan. Pelincir ini juga membersihkan dan mengurangkan geseran dalam enjin, menjadikan kadar emisi rendah dan semestinya perlindungan terbaik. Quadra SAE 10W-50 Racing 4T ditawarkan dalam pek 1 liter dan berharga RM59.00 (semenanjung Malaysia) dan RM60.00 (Sabah & Sarawak).
Pengenalan kepada Grantt Quadra SAE 10W-50 Racing 4T ini merupakan penambahan kepada pelincir Quadra yang sudah pun berada di pasaran seperti Quadra 4T SAE 10W-40, Quadra 4T SAE 15W-50, Quadra 4T SAE 20W-40, Quadra 4T SAE 40 dan Quadra 2T.
Pelincir Grantt dirumus dan dihasilkan di kilang yang mendapat sijil ISO 9001 di Shah Alam. Kilang ini juga dilengkapi dengan makmal bertauliah ISO/IEC 17025 yang lengkap serta menepati keperluan syarat R&D dan menerima pengiktirafan rasmi dari American Petroleum Institute (API) dan European Automobile Manufacturers' Association (ACEA) dan keperluan utama OEM.
Untuk jadikan majlis pelancaran ini lebih meriah, ia telah diadakan bersempena dengan acara trackday di litar berikut pada masa yang sama. Ini memberi peluang buat para penunggang motosikal yang hadir untuk melihat dan membeli produk-produk Grantt Quadra yang ditawarkan. Dengan pengalaman luas dalam dunia minyak pelincir, jenama ini sememangnya dipercayai oleh semua jenis penunggang tidak kira berkuasa tinggi, sederhana atau rendah. RR
Popular