Isu Terkini

Julai 2024

Warta Produk / 9 September 2022

Minyak Pelincir FUCHS Silkolene Perkenal Label Terbaru

FUCHS, pengeluar pelincir 'independent' dari Jerman dan yang terbesar di dunia dengan pengalaman lebih 90 tahun kini mengukuhkan lagi komitmennya kepada industri automotif tempatan dengan pelancaran pembungkusan dengan label rekacorak grafik serba baru untuk rangkaian produk Silkolene mereka.

Reka bentuk baru ini memastikan produk-produk Silkolene menyerlah lebih baik dan mempertingkatkan lagi pemilihan varian. Botol minyak pelincir dengan label baru ini selari dengan frasa terkenal FUCHS iaitu “Easy to Choose, Easy to Use and Easy On the Environment”. Botol baru ini juga direka lebih jelas, berinformasi, ergonomik agar mudah untuk dipegang.

Dalam segmen dua roda FUCHS memiliki barisan pelincir yang berkualiti tinggi yang akan memastikan motosikal kita berjalan dengan lancar dan selamat. Dengan label baru ini, para pelanggan akan mudah untuk membuat pilihan dengan tepat. Label berwarna MERAH (Pro) adalah untuk produk 'Ester Based Fully Synthetic', EMAS (Comp) untuk 'Ester Based Premium Semi Synthetic', PERAK (Super) untuk 'Semi Synthetic', BIRU adalah untuk pelincir penyelenggaraan, UNGU untuk kegunaan jentera skuter dan HITAM untuk enjin jentera perlumbaan.

Pelincir FUCHS yang berada di pasaran merangkumi pelbagai jenis pelincir untuk enjin dua lejang, empat lejang dan skuter. Antaranya ialah Silkolene Pro 4 Plus Fully Synthetic 5W-40 Race, Silkolene Pro 4 Plus Fully Synthetic 10W-50 Race, Silkolene Pro 4 XP Fully Synthetic 5W-40 4T, Silkolene Pro 4 XP Fully Synthetic 10W-30 4T, Silkolene Pro 4 XP Fully Synthetic 10W-40 4T, Silkolene Scoot 4 Semi Synthetic 10W-40 4T dan banyak lagi. Dengan menggunakan teknologi terkini, pelincir FUCHS Silkolene menawarkan Penjimatan Bahan Api sebanyak 11%, Penggunaan Minyak Pelincir Lebih Rendah sebanyak 18% dan Peningkatan Kuasa Setinggi 3%.

Kakitangan FUCHS bersama para pengedar.
Kakitangan FUCHS bersama para pengedar.

FUCHS Silkolene juga menawarkan pelbagai produk lain seperti minyak pelincir untuk penyelenggaraan motosikal seperti minyak pelincir sistem saspensi, minyak gear, cecair penyejuk enjin, minyak brek dan pelbagai sabun pembersih. RR

Isu Pada

Oktober 2022

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

GIVI Asia Sdn Bhd telah menganjurkan GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024 pada 2 & 3 November yang disertai sekitar 100 orang peserta hampir dari seluruh semenanjung negara, termasuk dari Perlis.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.

Warta Roda

Lebih 100 Buah Motosikal Terbakar Di Depoh Simpanan DBKL

Sebanyak 130 buah motosikal yang diletakkan di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught telah terbakar.