Menunggang Penuh Bergaya Dengan Kasut SIDI
Seorang ‘mat motor’ sejati sentiasa memiliki penampilan yang kemas dan bergaya tidak kiralah motor apa sekalipun. Dengan mengenakan kasut menunggang yang cantik dan berkualiti, kecederaan di bahagian kaki juga dapat dikurangkan malah boleh dielakkan jika berlakunya suatu insiden yang tidak diingini.
Selaku pengedar sah kasut menunggang jenama SIDI di Malaysia, Chear Motor Sdn Bhd kini menawarkan pelbagai model-model baru yang bukan sahaja cantik tetapi amat berbaloi untuk dimiliki.
DENVER SDS adalah pilihan yang sesuai untuk kegunaan harian. Model yang terletak dalam segmen kasut menunggang ‘urban’ ini dihasil menggunakan kulit grain yang berkualiti tinggi. Untuk keselesaan sepanjang hari, pad bahagian dalamnya lembut dan empuk. Lapisan polyester yang berventilasi di bahagian atas kasut ini menjadikan kaki tidak panas manakala jahitan berganda di beberapa bahagian kasut ini memberikan daya tahan dan kemasan yang tampak mewah.
Fabrik yang lembut dan bermutu tinggi digunakan pada bahagian atas but ini menjadikan si pemakai tidak merasa terganggu jika memakan stoking yang lebih pendek. Denver disempurnakan dengan tapak kasut getah tidak licin – sesuai untuk tunggangan dalam apa juga cuaca dan keadaan. Denver SDS ditawarkan pada harga dalam lingkungan RM700.
DENVER WR pula didatangkan dalam warna gelap dengan ciri-ciri menarik yang mirip dengan model Denver SDS. Model ini juga menggunakan kulit grain yang terkenal dengan daya tahan dan jangka hayat yang tinggi. Model ini telah diberi penambahbaikan di bahagian dalam khususnya di kawasan tumit dan ibu jari kaki, manakala sistem anti-getaran pelapik dalaman memberi keselesaan untuk semua jenis tunggangan. Seperti model Denver SDS, model ini juga dikemaskan dengan jahitan berganda dan terdapat ‘tab’ di bahagian belakang untuk ditarik ketika membuka kasut.
Dapatkan Denver WR di Chear Motor Klang pada harga RM720. Anda pasti berpuas hati!
META sememangnya menawarkan rekaan yang moden dan menarik. Ia hadir dalam dua warna termasuklah kelabu/pink yang memang ‘cun’ habis dipakai oleh penunggang hawa. Terdapat sisipan reflektif untuk tujuan keselamatan manakala penggunaan fabrik yang lembut dan berliang udara yang menjamin keselesaan.
Meta dilengkapkan dengan tali dan pelekat Velcro untuk mengemaskan ikatan. Tapak kasut model ini dibuat menggunakan EVA iaitu Ethylene-Vinyl Acetate yang mempunyai sifat elastik, lebih lembut dan fleksibel. META dijual pada harga RM500.
MID ADVENTURE 2 GORE merupakan kasut menunggang yang boleh menjadi pilihan buat mereka yang sukakan pengembaraan. Lapisan dalaman (gaiter) boleh ditutup menggunakan pengikat jenis Velcro yang lembut. Sistem penutupan atau kemasan but ini menggunakan buckle dengan pencangkuk yang dipasang menggunakan skru.
Pad pelindung yang berkualiti tinggi dikemaskan pada bahagian buku lali. Kasut ini tahan gegar, bertegaran tinggi dan mempunyai bentuk pelindung tumit secara anatomi untuk keselesaan optimum. Tapaknya dibuat daripada getah anti-licin dan pad-pad pelindung yang dikemaskan di beberapa bahagian kasut itu membuktikan SIDI tidak pernah kompromi dengan soal keselamatan pelanggannya. Sidi Mid Adventure 2 Gore ditawarkan pada harga RM1,080.
Kunjungi Chear Motor (H.Q) Sdn Bhd di alamat No. 27, Jalan Landasan Off Jalan Bukit Kuda, 41300 Klang, Selangor untuk melihat dengan lebih dekat dan memilikinya agar tampak bergaya sepanjang masa. RR
Popular