Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 1 September 2021

FSR Technology Sambut Ulang Tahun ke-10 dengan ECU TuneBoss Generasi Baru

FSR Technology telah melancarkan TuneBoss ECU (Engine Control Unit – Unit Kawalan Enjin) terbaru yang lebih berkuasa tetapi ditawarkan harga yang lebih mampu milik. ECU generasi baru (Gen2) ini menggantikan ECU TuneBoss Gen1 yang diperkenalkan pada tahun 2014 yang lalu.

Ia sekarang datang dengan tiga tahap (Stage) kebolehan pada tangga harga yang berbeza dan rata-ratanya RM200 lebih rendah berbanding sebelum ini.

Harga terendah bermula pada RM499 untuk model seperti Yamaha Lagenda atau Honda Wave, hingga yang paling mahal pada harga RM999 untuk Yamaha R25. Dengan ECU Gen2 pula, harga baru bermula dari RM299 untuk model Lagenda dan Wave, sementara untuk model Yamaha R25 pula berharga RM799.

“Untuk TuneBoss Gen1, kami mahu mengeluarkan produk yang mampu mengubah pasaran dengan innovasi. Oleh itu, kami mencipta ECU motosikal pertama di dunia yang siap sedia datang dengan sistem tanpa wayar Bluetooth yang boleh diakses menggunakan telefon pintar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif FSR Technology, Farhan Ali.

Suffian Zamali 'kiri' dan Farhan Ali melancarkan unit ECU R15 di Litar Antarabangsa Sepang pada tahun 2019 lalu.
Suffian Zamali 'kiri' dan Farhan Ali melancarkan unit ECU R15 di Litar Antarabangsa Sepang pada tahun 2019 lalu.

Farhan menerangkan bahawa peningkatan tahap prestasi ECU boleh di 'unlock' secara elektronik oleh pengedar sah TuneBoss dan setiap ECU TuneBoss yang dijual datang pada Stage 1.

“Stage 1 sudah cukup memadai untuk pengguna yang mahukan sedikit “Uuuumph “ dari jentera mereka yang mungkin telah dilengkapi dengan modifikasi ringan.

Stage 2 memberikan keupayaan seperti pengawalan penuh pada sistem pancutan bahan api, sistem nyalaan dan sistem Variable Valve Actuation (VVA) dengan hanya menambah RM200 kepada harga asal ECU Stage 1.

Keistimewaan ECU Gen2 sahaja adalah ciri-ciri baru dan istimewa pada Stage 3. Antara ciri-ciri itu adalah sistem pengawalan penyuntik bahan api tambahan (dual injector), sistem talaan sudut penyuntik bahan api dan sistem kawalan pam penyejuk jenis elektrik (PWM). Tahap 3 boleh dibuka dengan tambahan RM250 kepada kos ECU Stage 1 dan 2.

Seiring dengan pelancaran ECU Gen2, TuneBoss juga melancarkan dua lagi model ECU untuk menampung motosikal Yamaha Y16ZR dan MT15 dengan harga bermula pada RM399. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru β€œTHE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya'.

Model Baru

X-Wedge Sedia 'Gegarkan' Pasaran Cruiser Negara. Cadang Buka 4 Cawangan Pengedar

X-Wedge merupakan jenama premium di China yang menawarkan motosikal berkonsepkan Cruiser. Ya...Berbanding dengan kebanyakan jenama lain yang memberi fokus pada jentera-jentera skuter maksi, kembara dan sportbike, X-Wedge menceburi pasaran yang berbeza sama sekali.

Warta Roda

Penunggang motosikal maut terbabas ke dalam parit

Seorang lelaki berusia 57 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Kampung Engkeramut.

Dari Litar

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Pelumba negara, Qabil Irfan kini telah mendapat persetujuan sebagai atlet Alpinestars.