Isu Terkini

Julai 2024

Warta Produk / 17 Mac 2020

Pengunci Tuas Brek GIVI TL11-C Mampu Cegah Kecurian

Dalam usaha untuk mencegah motosikal daripada dicuri, pengeluar aksesori motosikal terkemuka, GIVI Asia Sdn Bhd telah memperkenalkan produk terbaru iaitu Kunci Tuas Brek dihasil menggunakan aluminium tetuang yang memiliki daya tahan cukup tinggi dan anti karat. Produk ini bersaiz 35mm (lebar), 144mm (panjang) dan 52mm (tinggi) yang mudah disimpan terus ke dalam kotak barang GIVI atau di dalam beg.

Dengan menggunakan sistem Push To Lock, kunci ini amat mudah untuk digunakan. Masukkan anak kunci untuk membukakan produk ini dan pasangkannya pada tuas pendikit dan tuas brek mengikut ruang yang betul. Kepitkan pengunci ini dengan kemas dan tekan tombol kunci ke dalam. Selesai! Untuk membukanya pula, masukkan kunci semula dan buka. Semudah A..B...C kan!

Terima kasih GIVI kerana memperkenalkan produk ini. Setiap penunggang yang memilikinya akan dapat meletakkan jentera dengan hati yang tenang. Ia mudah dibawa... mudah dipasang... paling penting, motor kita pun selamat! Pengunci Tuas Brek GIVI ini dijual pada harga RM70 dan boleh didapati di GIVI Point dan para pengedar GIVI di seluruh negara.

Dengan setiap pembelian, para pelanggan turut menerima satu set rumah kunci baru yang boleh dipasang ke kotak barang GIVI sedia ada. Dengan itu, para pelanggan hanya perlu menyimpan satu kunci sahaja yang boleh membuka/mengunci Pengunci Tuas Brek dan kotak barang GIVI sekaligus. RR

Isu Pada

Februari 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.

Warta Roda

Kemalangan Maut Motosikal Akibat Langgar Kerbau

Perjalanan seorang pengawal keselamatan ke tempat kerja bertukar tragedi apabila motosikal ditungganginya terlanggar seekor kerbau.