CASTROL POWER 1 Baru Memacu Ke Hadapan!
Castrol Malaysia telah melancarkan Castrol Power1 serba baru yang kini hadir ke pasaran dengan empat pilihan terkini dan kesemuanya dicipta bagi menepati keperluan motosikal. Formula terbaru ini menjanjikan prestasi yang lebih baik berikutan ia adalah hasil penambahbaikan dan peningkatan teknologi dan spesifikasi produk buat semua jenis motosikal termasuk skuter. Empat pilihan baru yang diperkenalkan ialah Castrol POWER1 Cruise 4T 15W-50 1L, Castrol POWER1 Racing 4T 10W-40 1L, Castrol POWER1 Scooter 4-AT 5W-40 1L dan 10W-40 1L. Kehadiran pilihan serba baru ini adalah penambahan kepada dua produk yang sedia ada iaitu Castrol POWER1 4T 10W-40 1L dan Castrol POWER1 Racing 4T 10W-50 1L kini disempurnakan dengan formulasi yang telah dipertingkat.
Berbanding dengan produk-produk pesaing, Castrol POWER1 dengan Power Release Technology™ mengoptimum geseran untuk menawarkan pencinta motosikal daya pecutan yang lebih pantas dan hebat dalam setiap pulasan pendikit. Dalam tiga peringkat ujian pecutan berjarak 5.2km menggunakan jentera supersports empat silinder berkuasa 101kW, , Castrol POWER 10W40 baru ternyata memberikan catatan masa yang cukup mengagumkan iaitu 6.6 saat lebih pantas berbanding jenama saingan (10W-40) dan 2.8 saat lebih cepat jika dibandingkan dengan formulasi terdahulu.
Ketika berucap di majlis pelancaran, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia, Ms. Keow Mei-Shan berkata: “Kami sentiasa berkembang untuk sejajar dengan keperluan pengguna dan Castrol POWER1 baru merupakan hasil daripada inisiatif ini. Paling utama ialah fokus kami untuk terus menawarkan ciptaan terbaik buat para pengguna sama ada menerusi rangkaian serba baru atau formula yang telah dipertingkatkan. Ia diraih menerusi pengalaman bertahun-tahun serta penyelidikan yang menyeluruh.
Jika Castrol POWER1 menawarkan pecutan mantap dalam setiap pulasan pendikit, Castrol POWER1 SCOOTER baru dengan Scootek Technology™ pula menawarkan pecutan hebat dengan setiap sentuhan pada pendikit. Castrol POWER1 CRUISE dengan Power Sustain Technology™ pula berupaya untuk mengendalikan haba dan geseran dalam motosikal berkuasa tinggi. Ini memboleh hantaran kuasa terus bertenaga ketika menunggang jauh.
Semasa perlumbaan MotoGP Malaysia tahun lalu, Castrol sebagai penaja pasukan Castrol LCR Honda turut mengumumkan Castrol POWER1 RACING dengan Race Derived Technology™ baru yang terbukti memiliki ketahanan berpanjangan dan kuasa pecutan cukup hebat di litar perlumbaan.
Dikuasakan oleh Castrol POWER1, Stefan Bradl yang ketika itu menggantikan Cal Crutchlow berjaya mengekalkan rentak dengan cukup tangkas sepanjang persaingan 20 lap yang sangat mendebarkan.
Sememangnya Castrol memahami betapa pentingnya daya pecutan di kalangan para pencinta motosikal. Semestinya rangkaian Castrol POWER1 baru ini menawarkan prestasi terbaik dan berterusan buat pelbagai jenis motosikal yang sering berhadapan dengan keadaan trafik yang sentiasa berubah.
Mengenai Castrol Bike Point di Malaysia: Ia adalah program global syarikat ini untuk membantu bengkel motosikal persendirian dengan kekuatan jenama Castrol dan menawarkan pelincir berteknologi tinggi serta produk-produk bertaraf dunia. Menerusi program ini, Castrol akan menyediakan sokongan dari segi teknikal, pemasaran, penjualan dan pada masa yang sama memperkasakan kemahiran serta pengetahuan mereka. Para pelanggan juga menikmati kehebatan pelincir seperti Castrol POWER1 dan Castrol Activ untuk jentera masing-masing. Buat masa ini terdapat lebih 700 bengkel Castrol Auto Service di Malaysia. RR
Popular