Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 2 Mac 2021

FKR RS980 Storm 'Badai' Terbaik

FKR Marketing Sdn. Bhd sinonim namanya sebagai pengeluar produk tayar basikal dan juga motosikal di Malaysia. Kepakaran tempatan dengan teknologi terkini meletakkannya berada dalam barisan atas yang setara pengeluar antarabangsa. Syarikat yang cukup berpengalaman luas ini sentiasa bersedia untuk bersaing hebat dan menjadi bual mulut pengguna motosikal amnya.

Baru-baru ini model RS980 Storm dalam kategori tayar berprestasi diperkenalkan. Daripada struktur corak bunga, alur dan kandungan tayar tersebut menampakkan kehebatannya dan uji guna akan mengesahkan prestasi keseluruhan.

Kami diberikan sepasang tayar yang dipasang pada jentera Yamaha 135 LC dengan ukuran 70/90-17 (depan) dan 80/90- 17 (belakang) bagi ujian dan kegunaan seharian.

Secara umumnya, bagi setiap tayar baru 100km pertama adalah dengan penggunaan secara berhati-hati dan berwaspada sehinggalah kita dapat menyesuaikan diri dengan karektor tayar tersebut. Tempoh ini dikenali sebagai Run-In.

Setelah tempoh run-in tamat, barulah pengiraaan uji guna dijalankan. FKR merupakan syarikat tempatan dan sudah semestinya mereka menitikberatkan kedudukan permukaan geografi dan terutamannya kualiti jalanraya dan lebuhraya kita sendiri.

Dari segi bunga tayar Storm ini memang berbeza dengan adanya satu corak paten bergigi di bahagian kiri kanan tayar tersebut. Apakah fungsi ia dan sejauh manakah keberkesanannya. Kita uji guna.

Ujian cengkaman tayar diuji pada perjalanan ke Cameron Highlands melalui Karak – Raub - Sg Koyan - Tanah Rata. Dengan kelajuan malar sekitar 120km/j pada mana-mana keadaan diambilkira. Seperti diharapkan, Storm memberikan reaksi positif pada pandu arah yang dikenakan ke atasnya semasa perjalanan 50km terawal menyusuri lebuhraya ke Bentong. Selesa dan menyakinkan adalah perkataan yang sesuai diberikan buat masa ini.

Perhentian pertama di Petronas Raub bagi memeriksa keadaan tayar dan menyaksikan bahawa tiada batu-batu kecil melekat di antara jalur tayar walaupun melalui jalan yang sedang dibaikpulih. Tekanan angin juga diperiksa bagi memastikan ianya kekal dalam keadaan terbaik.

Perjalanan dengan kelajuan konsisten sekitar 110km/j sehinggalah ke Petronas Sg. Koyan. Sepanjang perjalanan ke sini, kami menggunakan dua buah jentera. Perjalanan selanjutnya akan menggunakan sebuah sahaja untuk menguji kemantapan FKR Storm ini dengan bebanan pembonceng. Cuaca di Cameron Highlands dilaporkan hujan dan agak baik juga untuk ujian ini.

Pada 15km pertama di Sg. Koyan saya sendiri mengendalikan motor ini dan ujian selanjutnya ke Ringlet saya berikan pada pembonceng (anak) mengendalikan motor tersebut. Walaupun berat hati tetapi dengan latihan dan tunjuk ajar diberikan, saya tawakal sahaja.

Okay, siapa sahaja penunggang akan merasa gerun apabila dia menjadi pembonceng. Betul? Tidak dinafikan. Apatah lagi yang menunggang itu seorang remaja 16 tahun, tempat baru, tayar baru dan lesen baru. Mengingatkaan moto FKR iaitu 'Reliable and Safe', saya tetap yakin dan menaruh harapan tinggi dengan cengkamannya.

Kami terus mendaki dan kemudian menuruni bukit berselekoh pada kelajuan 100km/j, saya cukup yakin. Walaupun permukaan jalan raya yang basah, ianya memberikan cengkaman yang jitu tanpa was-was. Setiap selekoh kita dapat rasakan tayar masih melekat di permukaan dan tidak berganjak pun walau seinci. Bukan memuji tetapi realiti.

Paten bunga tayar yang direka ini cemerlang pada tugasnya. Alur selari dengan tayar melorongkan air di permukaan jalan dengan cukup baik sehingga tidak terasa motor berbuai terutama tayar hadapan.

Perasan 'cuak' telah lenyap dari pemikiran. Ianya baik dan selamat. Rekaan dan kualiti tayar Storm ini sesuai bagi kegunaan harian mahupun riadah. Dari Ringlet saya meng-ambil alih tunggangan. Dari sini ke Tanah Rata mempunyai jalan raya mendaki dan menuruni serta berselekoh tajam.

Di setiap selekoh air deras mengalir laju di atas permukaan jalan. Samada dalam keadaan tegak atau condong cara tunggangan di selekoh berair ini anda pasti yakin Storm adalah terbaik dengan syarat ianya masih berbungalah. Suhu dingin tidak menjadi halangan buat tayar ini. Mungkin kita pernah mendengar “tayar panas baik untuk lebih cengkaman…” habis tu kalau ia sejuk bagaimana?

Tidak dinafikan juga skill dan sikap mempengaruhi cara tunggangan.

Perjalanan ditamatkan sehingga sampai destinasi di Tanah Rata dalam keadaan basah, sejuk tetapi menyakinkan. Setelah dua hari berlegar di kawasan sekitar Cameron Highlands, kami meneruskan perjalanan pulang.

Sekali lagi pemeriksaan tayar dijalankan dengan tekanan angin diambilkira dan tayar dalam keadaan baik dan sempurna. Kali ini 100 peratus tunggangan saya ke Sg. Koyan hinggalah destinasi terakhir. Tak perlu saya nyatakan jenama tayar import yang setaraf dengannya. Cukuplah saya katakan bahawa FKR Storm ini boleh dipercayai dan selamat. RR

Oleh: Saiful Nizam

Isu Pada

Februari 2021

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda CBR150R Hadir Dengan Warna Serba Baru!

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan Honda CBR150R dengan skema warna baharu lebih menarik. Warna serba menawan ini adalah inspirasi daripada DNA Honda Racing ikonik seperti mana yang dilihat pada model lagenda CBR1000RR-R, CBR650R dan CBR250RR.

Pandu Uji

Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

Okay...sekarang masa untuk menikmati MT-09 V4 pula, Saya dan Redz bertukar-tukar motor, nanti boleh borak tentang perbezaan dan persamaan antara kami berdua. Tinggi Redz sekitar 168cm dan saya pula 179cm, mesti lah ada beza kan?

Warta Roda

Penunggang motosikal maut terbabas ke dalam parit

Seorang lelaki berusia 57 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Kampung Engkeramut.

Model Baru

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Zongshen melancarkan 4 model terbaru iaitu CX650, RA600, RE600 & RT3E.