Pelbagai Model Kasut Menunggang SIDI Di Chear Motor!
Tidak kira menunggang motosikal jenis apa pun, keselamatan wajib diutamakan. Penunggang motosikal lebih mudah terdedah dengan bahaya berbanding pengguna yang lain dan dengan itu pakailah kasut menunggang yang selesa, sesuai dan berkualiti tinggi. Chear Motor Sdn Bhd selaku pengedar sah kasut jenama SIDI di Malaysia sedang menawarkan pelbagai model-model menarik yang boleh dijadikan pilihan.
SIDI Mag-1 adalah pilihan sesuai buat mereka yang menunggang jentera sport yang cintakan kelajuan dan laluan berselekoh. Tidak kira anda berada di litar mahupun di laluan bukit berliku, SIDI Mag-1 sentiasa menawarkan perlindungan yang mantap. Antara ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh Mag-1 ialah penutup Micrometric Tecno-3 baru boleh laras dan ringan. Penutup ini juga dilengkapkan dengan dawai keluli tahan lasak yang disambungkan ke klip.
Kawasan lengkungan di bahagian depan kaki dilindung dengan tekstil elastik SIDI eksklusif yang dikemaskan dengan panel polyurethane yang selesa. Dua jalur TPU yang digunakan ini adalah untuk sokongan maksimum dan jadikan kasut itu dapat dipakai dengan rapi dan selamat. Bahagian atas kasut juga dibuat dengan polyurethane yang dipasang pada but menggunakan dua skru.
Satu di luar (bawah mekanisma magnetik Tecno-3) dan satu lagi di bahagian dalam. Sistem ini membolehkan pergerakan lenturan kaki ke hadapan lebih selesa dan pada masa yang sama melindungi pergerakan kaki ke sisi dengan baik. Mag-1 ditawarkan pada harga promosi RM1,450.
Vertigo 2 kini dilengkapkan dengan mekanisma penutup Tecno-3 Iron dan dua buah pendakap nilon yang dipasang pada bahagian buku lali. Sistem ini menyokong pergerakan pergelangan kaki dan diperkuatkan dengan penggunaan gentian kaca. Di bahagian bawah but dilengkapkan dengan laluan pengaliran udara dapat dilaras dengan tombol.
SIDI juga telah menambahkan panel elastik kecil untuk membantu operasi pergerakan zip lebih lancar. Bahagian tumit Vertigo 2 didatangkan dengan polyurethane shell yang menyerap setiap hentakan untuk memberi lebih keselesaan. Vertigo 2 dijual pada harga RM935.
Mid Performer sesuai untuk tunggangan biasa mahupun pengembaraan. Ia selesa dan sememangnya melindungi. Untuk pergerakan yang mudah dan selamat, kawasan melengkung lebih lembut, mempunyai pelindung buku lali dari dalam dan luar khususnya shift Pad yang merupakan perlindungan ekstra bahagian metatarsus. Slider but ini juga boleh dibuka dan diganti. But ini ditawarkan pada harga promosi RM736.00.
Gavia Gore merupakan kasut menunggang yang dikategorikan sebagai pilihan si pengembara motosikal. Ia dijual pada harga RM680.00 dan selain untuk tujuan pengembaraan, ia adalah produk sesuai buat mereka yang berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Dengan menampilkan rekaan bentuk yang elegan, Gavia Gore boleh dipakai terus di dalam pejabat.
Antara ciri-ciri penting yang dimilikinya ialah sisipan reflektif di belakang (cukup penting di waktu malam), shin plate yang lembut, sistem penutupan velcro dan zip, tekstil yang selesa dan lapisan dalaman (gaiter) yang panjang.
Aria Gore menawarkan keselesaan untuk semua jenis tunggangan dan keadaan cuaca. But ini turut memiliki sisipan reflektif untuk tunggangan malam, lengkap dengan gaiter hingga ke atas but, kawasan lengkungan yang lembut, ringan dan cantik. SIDI menawarkan perlindungan dan rekabentuk moden. Aria Gore ditawarkan pada harga istimewa RM780.00.
Memang cantik... memang selamat. Kunjungi Chear Motor (H.Q) Sdn Bhd di alamat No. 27, Jalan Landasan Off Jalan Bukit Kuda, 41300 Klang, Selangor untuk melihat dengan lebih dekat dan memilikinya agar tampak bergaya dan selamat. RR
Popular