Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 28 Januari 2021

Kepentingan Pakaian Dalaman Sewaktu Menunggang

Sebagai penunggang motosikal, kita semestinya mementingkan keselesaan sewaktu berada di atas jalan raya tidak kiralah sama ada untuk perjalanan dekat mahu pun jauh. Syarikat terkemuka aksesori motosikal BMW yang berkualiti tinggi, Wunderlich baru-baru ini telah memperkenalkan koleksi pakaian dalaman pertama yang sesuai untuk pelbagai kegunaan dan cuaca. Untuk memenuhi citarasa para pelanggannya, pakaian dalaman ini terdiri daripada baju tangan panjang, baju tangan pendek dan seluar panjang.

Mengapa pakaian dalam yang sesuai menjadikan menunggang motosikal lebih selamat?

Ciri terpenting dari seluar dalam Wunderlich adalah untuk memastikan keadaan yang selesa, menyenangkan dan seimbang pada bahagian kulit. Ini termasuklah tindakbalasnya yang signifikan terhadap kulit dan suhu badan serta memastikan bahawa pemakainya tidak terganggu dengan peluh atau kesejukan. Keselesaan ini dicapai dengan penggunaan serat teknikal yang mampu menyerap atau menyimpan kelembapan badan agar sentiasa kering.

Oleh itu, 'tugas' pakaian dalam adalah untuk memastikan kelembapan dibawa keluar dari badan dan memberikan lapisan penebat pada kulit. Pasukan yang membangun produk ini di Wunderlich memutuskan untuk menggunakan Nilit® Breeze, serat teknikal terbaik untuk keperluan ini. Bahan ini juga cepat kering walaupun selepas mencuci dan lebih menarik, ia mempunyai penahan bau. Kedua-dua sifat yang sangat bermanfaat khususnya untuk perjalanan yang jauh dan memakan masa lama.

Untuk menjadikan produk ini sesuai digunakan oleh semua jenis penunggang, fabrik yang digunakan cukup elastik dan mereka yang memakainya tidak akan 'diganggu' dengan sebarang masalah pada permukaan fabrik. Penghasilan produk ini tidak perlu diragui kerana ia direka oleh para pencinta motosikal juga. Seperti yang dikatakan, “From motorcyclists for motorcyclists” - sudah tentu mereka juga memahami setiap kehendak para penunggang motosikal.

Pakaian dalaman seperti inner suit sememangnya digunakan dengan cukup meluas. Di Malaysia khususnya, pakaian dalam ini dipakai sebelum kita mengenakan racing suit dan ramai juga yang memakainya untuk pengembaraan kerana ia mampu menjadi penebat suhu rendah dan pelindung kulit di kala panas terik.

Menurut Wunderlich Accessories (M) Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama ini di Malaysia, pakaian dalaman ini belum lagi berada di pasaran negara tetapi akan tiba tidak lama lagi. Syarikat ini beroperasi di Hicom Glenmarie Industrial Park, Shah Alam. RR

Isu Pada

November 2020

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Model Baru

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

CFMOTO Malaysia telah melancarkan model Adventure Touring iaitu 700MT.

Warta Roda

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya'.

Dari Litar

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

ejak Marc Marquez meraih kemenangan sulungnya di Litar Buriram tempohari, dunia MotoGP kecoh dengan 'perang' yang berlaku dalam khemah pasukan Ducati Lenovo di antara Marc dan Francesco Bagnaia (Pecco).