Isu Terkini

Julai 2024

Warta Produk / 23 September 2020

Kasut Menunggang SIDI Gas Black

Motosikal sememangnya sebuah jentera yang boleh menjimatkan masa. Bilangan kenderaan di jalan raya semakin meningkat yang sekali gus boleh menjadi faktor menyebabkan kesesakan lalu lintas. Ramai yang memilih motosikal sebagai kenderaan alternatif untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas yang teruk bagi mengurangkan penggunaan masa serta menjimatkan wang untuk ke destinasi yang dituju.

Penunggang motosikal lebih mudah terdedah dengan bahaya berbanding pengguna yang lain. Oleh itu, sikap berhati-hati perlu sentiasa diamalkan. Sebelum memulakan sesuatu perjalanan, pastikan kelengkapan asas sebagai penunggang perlu disediakan bagi mengurangkan risiko kemalangan. Antara kelengkapan tersebut adalah topi keledar, sarung tangan, jaket, pelindung siku dan lutut serta kasut.

Apa yang kami lihat, kebanyakan penunggang motosikal hanya memakai selipar semasa menunggang. Untuk ke destinasi yang jauh, penggunaan kasut amat penting untuk melindungi kaki daripada kemalangan atau terkena serpihan yang berterbangan seperti batu atau benda tajam dan tumpul. Pemilihan kasut yang sesuai beri keyakinan buat kita ketika menunggang motosikal disamping memudahkan proses penukaran gear dengan lebih baik dan mengawal jentera sebelum bergerak atau semasa berhenti.

SIDI Sport Shoes Gas Black merupakan kasut menunggang bercirikan kasual dan sporty yang amat sesuai untuk kegunaan urban dan di mana saja. Bahagian luar kasut diperbuat dengan menggunakan bahan-bahan seperti kain, kulit dan Nylon Mesh. Kasut SIDI ini turut dilengkapi dengan lapisan getah khas ‘micro-injected’ untuk memastikan permukaan luar kasut tidak mudah rosak semasa menggunakan tuas gear.

Kami dapati permukaan keras di bahagian hadapan dan tumit kaki bertujuan untuk melindungi kaki kita. Kekerasannya untuk meningkatkan daya tahan terhadap geseran apabila berlakunya kemalangan. Di sisi belakang kasut ini juga mempunyai dua jalur reflektif yang juga membantu dari segi keselamatan khususnya di waktu malam. Kita akan mudah dilihat dengan jelas disebabkan pantulan cahaya yang terjadi dalam keadaan cahaya rendah.

Pergelangan kaki kami terasa lebih selesa dengan pelapik khas yang tersembunyi di dalam serta menawarkan perlindungan maksimum. Pelekat velcro di pergelangan kaki memudahkan kita membuka dan memakai kasut SIDI ini dengan pantas dan selamat.

Secara ringkasnya, kasut riding ini sangat praktikal. Ia menawarkan rekabentuk yang menarik, ringan dan tahan lasak. SIDI Sport Shoes Gas Black boleh dimiliki pada harga tawaran RM395.00 (sementara stok masih ada). Kunjungi Chear Motor (Shah Alam) Sdn Bhd yang terletak di No 42A Jalan 15/22 Taman Perindustrian Tiong Nam, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor ataupun Chear Motor (H.Q) Sdn Bhd yang beralamat di 27, Jalan, Landasan Off Jalan Bukit Kuda, 41300 Klang, Selangor. RR

Isu Pada

Oktober 2020

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Cardo Packtalk Pro Kini di Pasaran Negara

GIVI ASIA Lancarkan Kotak Simpanan Baru “THE MATTERHORN"

Arai Europe Persembahkan Topi Keledar Edisi Terhad, RX-7V EVO IOM TT 2024

Kilang baru di Thailand, Brembo Mahu Tingkat Jualan Di Asia Tenggara

'Product Recall' Untuk Suzuki GIXXER 250, GIXXER 250SF & V-Strom 250SX. Jentera pengeluaran Malaysia Tak Terlibat...

Akan Datang: Topi Keledar GoPro

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

CFMOTO Jelaskan Penghasilan Motosikal Yamaha untuk Pasaran China Sahaja

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Formica Rossa 15o (FR150) bakal menyertai saingan Kejuaraan Malaysia CubPrix dan Asia Road Racing Championship (ARRC) pada tahun 2025.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Model Baru

Scrambler Ducati Edisi 10° Anniversario Rizoma

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jentera Scrambler, Ducati telah berkolaborasi dengan pengeluar aksesori motosikal Rizoma untuk memperkenalkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.