Isu Terkini

Julai 2024

10 April 2017

Adib Rosley Terus Cari Kemenangan

Bagi para peminat cub prix, Adib Rosley bukanlah nama yang perlu diperkenalkan lagi. Pelumba berusia 23 tahun ini berasal dari Klang, Selangor dan mula berkecimpung dalam dunia motosikal sejak kecil lagi. Antara saingannya dalam perlumbaan mini bike ketika itu ialah Hafizh Syahrin, Sasitharen, Azhar dan ramai lagi. Menerusi sesi pemilihan yang dilakukan pada tahun 2007, bakatnya berjaya dilihat oleh pengurus pasukan cub prix yang cukup disegani iaitu Pang Yoke Yu untuk menyertai pasukan Yamaha YY Pang.

“Ayah dan ibu saya memberi sokongan penuh dengan karier yang sedang saya ceburi. Saya amat bersyukur dan pastinya akan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian bergelar pelumba yang berjaya,” kata Adib merupakan anak kedua daripada lima orang adik beradik dan satu-satunya yang cukup berminat dalam dunia permotoran.

Pada tahun 2007, Adib mula menyertai sirkit kebangsaan dalam perlumbaan Yamaha GIVI Cup selama dua tahun sebelum dinaikkan ke dalam kelas Wira. Dengan semangat juangnya yang tinggi, Adib berjaya meraih kemenangan di tangga kedua keseluruhan kelas Wira pada tahun 2009. Kekecewaannya berjaya ditebus semula pada tahun 2010 dengan tunggangan yang lebih cekap dan kemas untuk dianugerahkan sebagai Juara Wira 2010. Tahun 2011, Adib gagal mempertahankan takhtanya dan hanya berpuas hati di tempat ketiga keseluruhan.

“Saya memang minat dengan dunia perlumbaan dan amat seronok kerana berada di dalam pasukan Yamaha YY Pang. Sifu YY Pang, merupakan seorang bekas pelumba dan sememangnya mahir dengan masalah jentera. Dia juga senang untuk berbincang dan cepat mengenali karaktor para pelumbanya.” kata Adib.

Adib berada di dalam CP115 pada tahun 2012 untuk satu musim sebelum melompat terus ke kelas prima, CP130. Ternyata, saingan kelas prima lebih sengit kerana terpaksa berlumba dengan nama-nama besar dunia cub prix seperti Ahmad Fazli Sham, Affendi Rosli, Kasma Daniel, Md Afif Amran dan ramai lagi. Namun begitu, semangat juang yang tinggi telah membuahkan hasil dengan kejayaan menjadi naib juara pada perlumbaandi Litar Kangar tahun lalu.

Kemenangan dan kemantapan tunggangannya telah mendapat kepercayaan pasukan Yamaha untuk menggalas cabaran negara dalam perlumbaan Yamaha Asean Cup 2014 yang ketika itu berlangsung di Indonesia. Lebih menggembirakan apabila Adib berjaya mengibarkan Jalur Gemilang selepas memenangi tempat ketiga dalam perlumbaan kedua.

Untuk kekal cergas dan fokus, Adib sentiasa mengawal pemakanannya dan membuat latihan fizikal. Jika tidak ke gimnasium, Adib akan menunggang basikal dan adakalanya turut disertai oleh ayahnya, E. Rosley.

Adib juga mula bersaing bersama-sama para pelumba luar negara dalam Kejuaraan Asia Road Racing (ARRC) dalam kategori Underbone dan ternyata prestasinya semakin hari semakin memberangsangkan. “Saya amat mementingkan disiplin diri dan rajin menuruti kemahuan pasukan. Sebagai pelumba, sifat ego juga tidak perlu ada kerana ianya amat merugikan. Para pelumba muda khususnya, perlu lebih banyak bertanya dengan pelumba-pelumba senior untuk mempertingkatkan keupayaan diri.”

Adib juga pernah terlibat dalam kemalangan yang agak serius. Kemalangan itu berlaku di Litar Jempol 2015, ketika Adib sedang bersaing dalam perlumbaan akhir. Kesilapan ketika berada di selekoh menyebabkan jentera Adib hilang kawalan dan terbabas. Impak yang kuat itu menyebabkan tulang rusuk Adib patah. Apa pun, kemalangan sebegitu tidak melemahkan semangatnya untuk terus menyarung jaket perlumbaannya pada persaingan seterusnya.

“Dia memang seorang yang rajin dan mendengar kata. Adib suka senyum dan sentiasa ceria. Ini sangat penting untuk memberi motivasi pada diri sendiri dan pasukan. Saya sudah 10 tahun bersama Adib dan memang dia cukup bagus,” komen Sifu YY Pang.

Tahun 2017 merupakan detik penting buat Adib kerana kali ini dia akan menunggang sebuah jentera baru iaitu Yamaha Y15ZR untuk saingan CP150. Ternyata masih banyak yang perlu dilakukan oleh Adib dan pasukannya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Ini disebabkan segala talaan kini dilakukan dengan menggunakan sistem komputer,

“Memang agak sukar kerana ini musim pertama. Saya juga perlu cepat menyesuaikan diri dan berada lebih lama di atas jentera ini. Gaya tunggangan juga perlu diubah sedikit tetapi saya yakin kami akan berjaya melakukannya.” RR

Isu Pada

April 2017

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Formica Rossa 15o (FR150) bakal menyertai saingan Kejuaraan Malaysia CubPrix dan Asia Road Racing Championship (ARRC) pada tahun 2025.

Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.