Honda EX5 Tampil Gaya Baru!
Sejak dilancarkan pada tahun 1987 hingga April lalu, model Honda EX5 telah berjaya dijual lebih daripada dua juta unit dan tidak dinafikan, ia merupakan antara moped paling popular pernah dihasilkan oleh Boon Siew Honda (BSH). Untuk terus berdaya saing dan memberikan gaya yang lebih menyerlah, BSH telah memperkenalkan model ini dengan warna yang lebih menarik iaitu Magenta dan Jalur Retro.
EX5 merupakan model cub Honda pertama di Malaysia dalam kelasnya yang dipasang dengan teknologi suntikan bahan api. Ia dicipta untuk meningkatkan kuasa enjin serta penjimatan bahan api. Tiada yang lebih sempurna apabila sesebuah jentera itu menawarkan kualiti tunggangan yang baik dan enjin yang mesra alam. Model ini juga terkenal dengan kelasakan dan keselesaan untuk sebarang jenis perjalanan.
EX5 baru ini telah diberi sentuhan serba baru untuk kelihatan lebih segar dan bergaya. Pelindung ekzos jenis krom yang dikemaskan pada model ini bukan sahaja menjadikan penampilannya lebih menarik tetapi juga melindungi penunggang dan orang sekeliling daripada haba panas.
Honda EX5 baru ini boleh didapati dalam dua variasi iaitu model roda jejari dan roda tetuang masing-masing pada harga RM4,859 (tanpa GST) dan RM5,099 (tanpa GST). Model roda jejari didatangkan dalam dua warna iaitu Pearl Magellanic Black dan Pearl Nightfall Blue. Manakala model roda tetuang pula menawarkan tiga pilihan warna iaitu Pearl Nightfall Blue, Candy Scintillated Red dan Space Magenta Metallic. RR
Popular