Isu Terkini

Julai 2024

26 September 2024

Pelebaran Jalan Stesen dan Jalan Ismail Atasi Isu Kesesakan Trafik

KLUANG: Pelebaran jalan di tapak bekas pagar landasan kereta api berhampiran Jalan Stesen dan Jalan Ismail mampu mengatasi isu kesesakan trafik di Jalan Mersing. 

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan kerja pelebaran jalan yang menelan kos RM500,000 itu akan bermula awal pada Oktober ini dan dijangka siap dalam masa sekitar dua bulan. 

Menurutnya, peruntukan bagi projek itu telah diluluskan awal bulan ini, namun kerja-kerja pelebaran jalan tidak dapat dilakukan pada masa ini bagi mengelakkan kesesakan bertambah teruk berikutan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang sedang berlangsung.

“Sebagai maklumat, semua projek yang telah dan akan dilaksanakan di Kluang ini telah diluluskan sebelum berlakunya pilihan raya lagi,” katanya ditemui selepas meninjau projek pembesaran jalan di Jalan Batu Pahat – Mersing, di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Ahmad  berkata, hingga kini sejumlah RM4.5 juta peruntukan khas diberikan untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan Batu Pahat – Mersing yang telah bermula pada 5 September lalu dan dijadualkan siap pada November ini.

“Fokus berterusan terhadap jalan raya ini merupakan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam membina rangkaian jalan raya selaras dengan hasrat Program MYJalan yang ingin menyediakan infrastruktur selesa dan selamat kepada semua rakyat secara konsisten. RR

sumber: https://www.utusan.com.my

Popular

  • Warta Roda

    Pengeluaran motosikal bulan Ogos di Vietnam menurun...hanya sekitar 280,000 unit sahaja.

  • Dari Litar

    CP150: Mampukah Pelumba Lain Menggugat Kedudukan 1-2 Pasukan CKJ Racing?

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Maut Mengelak Lopak Air

  • Warta Roda

    Gagal Meletakkan Papan Tanda Amaran, Pemaju Hanya Dikompaun RM1,000?

  • Model Baru

    Voge RR 660 S 2025 Bakal Masuki Malaysia Tahun Depan?

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

WIRA: Farres Putra vs Md Akif, Siapa Akan Mendominasi Litar Jempol?

Siapakah yang akan mendominasi pusingan kelapan Kejuaaran PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di litar Jempol Negeri Sembilan hujung minggu ini?

Warta Roda

CFMOTO Flagship Store - Icity Motoworld Shah Alam Dibuka Secara Rasmi

CFMOTO Malaysia merasmikan pembukaan CFMOTO Flagship Store - Icity Motoworld yang terletak di Shah Alam.

MotoGP 2024: Enea Bastianini Cipta Kemenangan ke-100 Buat Ducati!

Drama....drama....dan drama! Itulah yang berlaku dalam saingan MotoGP pusingan ke-14 yang berlangsung di Litar Misano. Walaupun bermula dengan cemerlang, juara bertahan Francesco Bagnaia telah terkeluar daripada saingan selepas melakukan kesilapan yang amat merugikan.

Dari Litar

Selepas 1,043 hari...Marc Marquez Akhirnya Jadi Juara

Selepas 1043 hari, terlibat dalam kemalangan, melalui beberapa pembedahan, berpindah pasukan dan macam-macam lagi cabaran... Marc Marquez (Gresini Racing MotoGP) akhirnya kembali ke tangga teratas podium Grand Prix.