Isu Terkini

Julai 2024

23 September 2024

MotoGP 2024: Enea Bastianini Cipta Kemenangan ke-100 Buat Ducati!

Drama....drama....dan drama! Itulah yang berlaku dalam saingan MotoGP pusingan ke-14 yang berlangsung di Litar Misano. Walaupun bermula dengan cemerlang, juara bertahan Francesco Bagnaia (Pecco) telah terkeluar daripada saingan selepas melakukan kesilapan yang amat merugikan. Insiden itu memberi peluang keemasan buat Jorge Martin untuk membuka jarak mata keseluruhan dengan lebih jauh.

Kemenangan berharga buat Enea Bastianini.
Kemenangan berharga buat Enea Bastianini.

Saingan akhir memperlihatkan Martin melakukan 'holeshot' untuk berada di depan tetapi kedudukan itu telah dirampas oleh Pecco di Selekoh 2 dan itulah rancangan penting buat diri dan pasukannya. Mengejar di belakang mereka ialah Enea Bastianini yang memiliki rentak yang bagus untuk mengacah Martin di posisi kedua.

Saingan di antara Pecco, Martin dan Bastianini sangat sengit sejak dari awal perlumbaan.
Saingan di antara Pecco, Martin dan Bastianini sangat sengit sejak dari awal perlumbaan.
Pecco, kesilapan besar yang amat merugikan.
Pecco, kesilapan besar yang amat merugikan.

Selepas beberapa kali mengasak, Martin akhirnya berjaya merampas semula kedudukan dan mula melarikan diri. Sedang Pecco untuk memberi respon terhadap serangan Martin itu, dia pula diasak oleh rakan sepasukannya (Bastianini) yang kemudiannya berjaya ke tempat kedua. Kelompok di belakang juga terdiri daripada tiga pelumba yang memang makin laju iaitu Marc Marquez, Pedro Acosta dan Marco Bezzecchi.

Martin '89' cuba menahan setiap serangan daripada Bastianini.
Martin '89' cuba menahan setiap serangan daripada Bastianini.
Johann Zarco peroleh mata di Misano.
Johann Zarco peroleh mata di Misano.
Empat jaguh Ducati. Pecco, Bastianini; Marquez & Martin.
Empat jaguh Ducati. Pecco, Bastianini; Marquez & Martin.

Keadaan masih terdesak buat Pecco, menyebabkan dia memecut lebih laju sehingga mencipta Rekod Lap Terpantas sekurang-kurangnya dua kali. Tiba-tiba, segala usahanya musnah! Pecco melakukan kesilapan besar sehingga terbabas ke luar litar pada perlumbaan ke-100nya dalam MotoGP. Selain daripada itu, kedudukannya dalam carta keseluruhan juga semakin terancam.

Marquez menamatkan saingan sekali lagi di tangga podium.
Marquez menamatkan saingan sekali lagi di tangga podium.
Fabio Quartararo 'happy' banyak peningkatan dilakukan pada jenteranya.
Fabio Quartararo 'happy' banyak peningkatan dilakukan pada jenteranya.

Martin yang kini berada di depan sekali diberi tekanan hebat oleh Bagnaia yang semakin 'buas' mencari mangsanya. Serangan 'over' agresif pada Lap Terakhir 'menolak' Martin keluar dan tindakan itu jelas menyebabkan Martin tidak puas hati. Sabarlah Martin, cuba lagi...pihak Dorna tidak menilai ia adalah sesuatu yang terlalu berbahaya.

Walaupun sekadar di tempat kedua, Martin kini agak selesa di tangga pertama keseluruhan dengan 341 mata, kelebihan sebanyak 24 mata di hadapan Pecco di tangga kedua. Pedro Acosta juga terlibat dalam kemalangan, membolehkan Marquez menyempurnakan tangga podium di tempat ketiga.

Brad Binder, tempat keenam GP Itali.
Brad Binder, tempat keenam GP Itali.
Joan Mir '36' & Luca Marini menamatkan saingan di tempat ke-12 dan 13.
Joan Mir '36' & Luca Marini menamatkan saingan di tempat ke-12 dan 13.
Joan Mir.
Joan Mir.

Bezzecchi di tempat keempat, Franco Morbidelli kelima dan Maverick Vinales keenam. Satu kelegaan buat Fabio Quartararo di tempat ketujuh dan ternyata dia kini nampak semakin mantap bersama jenteranya.

Sekali lagi Ducati menjadi pengeluar terunggul dalam saingan MotoGP untuk tahun ini.
Sekali lagi Ducati menjadi pengeluar terunggul dalam saingan MotoGP untuk tahun ini.

Kejayaan Bastianini juga merupakan kemenangan Ducati buat kali ke-100 seterusnya memberikan Anugerah Pengeluar MotoGP untuk tahun 2024 ini. Tahniah diucapkan! RR

Kedudukan Keseluruhan Selepas Pusingan ke-14

  • Jorge Martin     341 mata
  • Francesco Bagnaia   317 mata
  • Enea Bastianini    282 mata
  • Marc Marquez      281 mata
  • Brad Binder 165 mata

Popular

  • Warta Roda

    Pengeluaran motosikal bulan Ogos di Vietnam menurun...hanya sekitar 280,000 unit sahaja.

  • Dari Litar

    CP150: Mampukah Pelumba Lain Menggugat Kedudukan 1-2 Pasukan CKJ Racing?

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Maut Mengelak Lopak Air

  • Warta Roda

    Gagal Meletakkan Papan Tanda Amaran, Pemaju Hanya Dikompaun RM1,000?

  • Pelebaran Jalan Stesen dan Jalan Ismail Atasi Isu Kesesakan Trafik

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Padah Langgar Lampu Merah Di Persimpangan

Padah melanggar lampu isyarat merah, seorang penunggang motosikal selepas bertembung dengan sebuah kereta.

Warta Roda

Dua Lagi Warna Baru Honda Vario 160 Diperkenalkan – Harga Bermula RM10,198

Boon Siew Honda mengumumkan dua lagi warna tambahan bagi skuter Vario 160 iaitu Biru dan Merah.

Warta Roda

Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

Seorang penunggang motosikal maut digilis sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 22.2 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pagi tadi.

Warta Roda

Honda Scoo-tival Meriahkan Acara Merdeka Penang Foodstival 2024

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan penyertaan dalam Star Vendor Merdeka Penang Foodstival 2024