Isu Terkini

Oktober 2024

16 Mac 2023

Modenas Lancar Cruiser Vulcan 650 S

Vulcan, sememangnya sebuah model yang dikenali ramai sejak tahun 1984 dan menjadi bualan hangat pengemar model cruiser hingga kini serata dunia. Modenas Sdn Bhd mengumumkan harga “Sports Cruiser” terbaharunya, Modenas Vulcan S (ABS). Keterampilan baru ini menunjukkan ianya masih terus diterima.

Huruf “S” pada nama Vulcan adalah untuk enjin berkembar 649cc dengan sistem penyejuk cecair, dua silinder sebaris, seperti mana yang digunakan oleh model Ninja 650. Model ini memiliki kuasa maksimum 44.7 kW dan tork maksimum 62.4 Nm. Dengan kuasa tork yang tinggi, jentera cruiser ini memberikan pengalaman tunggangan yang mengujakan. Ia sesuai untuk perjalanan ulang-alik ke tempat kerja atau menikmati pengembaraan.

Tidak seperti model lain, Vulcan S berbeza dengan sistem "Ergo Fit" yang menggunakan bar pemegang, tempat duduk dan tempat letak kaki dengan tiga kedudukan yang berbeza untuk menjadikan motosikal itu sesuai untuk semua saiz penunggang. Untuk tunggangan yang lincah, Vulcan S dipadankan dengan roda hadapan 18 inci dan roda belakang 17 inci, yang hampir sama dengan model “sports”.

Dengan tapak gravitinya yang rendah, pengendalian Vulcan S khususnya di ruang yang terhad atau ketika berada di laluan berliku lebih meyakinkan. Lampu depan segi tiga terbalik memberikan rupabentuk yang moden dan sporty. Di atas lampu hadapan itu telah dikemaskan dengan panel meter yang merangkumi takometer analog, manakala semua maklumat lain ditunjukkan pada paparan LCD berbilang fungsi yang menggunakan lampu LED biru untuk memberi penglihatan yang baik pada waktu malam.

Dengan ketinggian 705mm, posisi menunggang memang cukup selesa . Walaupun Vulcan S seberat 229kg, penunggang akan dapati jentera ini terasa sangat ringan dan mudah untuk dikawal dan membuat pusingan 'U'.

“Ini antara model Kawasaki yang telah lama dinantikan oleh pelanggan di luar sana. Ia adalah motosikal yang dibina untuk semua saiz, peringkat umur dan bukan itu sahaja, model ini juga mengalu-alukan penunggang lama dan baru,” kata Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif, MODENAS.

Vulcan S didatangkan dalam dua warna dan harga berbeza. Warna Metallic Flat Spark Black ditawarkan pada harga RM36,500 dan Pearl Matte Sage Green pula bernilai RM37,200. Model baru ini boleh didapati di semua bilik pameran pengedar Kawasaki menjelang akhir Mac 2023 (akan diberitahu kelak).

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh melayari kedua-dua laman web rasmi MODENAS dan KAWASAKI di https://modenas.my/v2/dan http://www.kawasaki.com.my/home atau boleh hubungi di Talian Bebas Tol 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline +6019-570 8135. RR

Isu Pada

Mei 2023

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Dua remaja maut selepas motosikal bertembung dengan lori treler.

Warta Roda

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Dengan sejarah yang kaya dengan kejayaan, kerjasama ini kini memulakan lembaran baharu yang menarik. Ekspresi luar biasa terbaru ini akan didedahkan semasa Minggu Reka Bentuk Milano, pada hari esok, 9 April.

Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.