Isu Terkini

Julai 2024

Sudut RR / 10 Disember 2017

Bijak Memilih Jentera Pilihan Hati

Begitu cepat masa berlalu, tidak lama lagi kita semua akan menyambut tahun baru 2018. Dalam masa yang sama, pengeluar-pengeluar motosikal di seluruh dunia sudah mula memperkenalkan barisan jentera-jentera baru yang menawarkan pelbagai penambahbaikan yang kini menjadi lebih cantik, lebih pantas, lebih jimat, lebih selamat dan lebih canggih.

Selain untuk menarik minat para pelanggan, ciptaan terbaru produk dua roda ini adalah untuk membuktikan kemajuan dan keprihatinan mereka (para pengeluar motosikal) untuk dikongsi dan dirasai oleh para pelanggan. Setiap ketua jurutera dan ketua pereka semestinya mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri terkini yang dikehendaki oleh para pelanggan yang kini lebih bijak dalam membuat perbandingan dan penilaian.

Semakin luas perkembangan teknologi, semakin banyak pengeluar motosikal tampil dengan mesin-mesin yang lebih canggih dan tahun 2017 ternyata memberikan satu pengalaman baru buat para pencinta motosikal di Malaysia cuma adakah kita sedar atau tidak. Apa yang dimaksudkan ialah mengenai jenama, jenis dan jumlah model-model motosikal yang memasuki pasaran negara dengan kadar jumlah cukup banyak.

Kita dapat melihat para pengeluar motosikal memperkenalkan bukan satu tetapi tiga, empat atau lima buah motosikal baru dalam suatu majlis pelancaran. Pastinya ia terdiri daripada motosikal pelbagai segmen seperti model jalanan, sport, pengembaraan, moped, automatik, cruiser dan cafe racer yang kesemuanya kini ditawarkan dalam pelbagai isipadu enjin dan spesifikasi.

Untuk menarik minat para penunggang motosikal, semakin banyak jentera yang berisipadu kecil atau yang sederhana sudah memiliki spesifikasi dan teknologi yang dahulunya hanya boleh dilihat pada motosikal berkuasa tinggi. Panel meter digital, penunjuk posisi gear, brek-brek cakera, pakej elektronik terkini, sistem ABS, piawaian Euro 3 atau Euro 4, sistem ABS, mod tunggangan, enjin suntikan bahan api kini sudah dilengkapkan pada kebanyakan jentera-jentera tersebut.

Ia adalah satu perkembangan yang sihat dan jujurnya sangat dinanti-nantikan oleh para pengguna motosikal khususnya buat mereka yang sedang berminat untuk memiliki sebuah jentera baru atau pun yang ingin menukar selera. Selaku pengguna, kita kini mempunyai lebih banyak pilihan yang boleh dimiliki mengikut kedalaman poket masing-masing. Contohnya, jika berhajatkan sebuah jentera jalanan yang berharga di dalam lingkungan RM10,000, kita sudah boleh membuat pilihan kerana telah terdapat beberapa model di pasaran yang ditawarkan pada harga yang hampir sama.

Apa yang penting ialah kebijaksaan kita dalam membuat pemilihan. Kenal pasti untuk apa setiap pembelian itu dilakukan agar kita tidak tersalah beli hanya kerana terlalu ghairah dengan kepelbagaian tawaran hebat. Sebelum membeli sesebuah motosikal, periksa terlebih dahulu tahap tunggangan kita, isipadu enjin (biarlah bersesuaian dengan penunggang), saiz dan ketinggiannya, pakej keselamatan, kualiti pembikinan, rangkaian pengedar dan pusat servis adalah salah satu perkara yang sangat penting perlu diberi tumpuan.

Buatlah kajian semula menerusi majalah, laman web yang memaparkan sesi tunggang uji sesebuah motosikal itu. RR juga akan sentiasa bersedia untuk berkongsikan maklumat yang terkini mengenai model-model baru yang dilancarkan dan pastinya memberi info lebih terperinci menerusi ruangan Pandu Uji di dalam majalah ini. Untuk info ringkas terkini, sila layari laman FB kami di www.facebook.com/MajalahRodaRoda dan jangan lupa 'LIKE' ya!

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS dan SELAMAT TAHUN BARU kepada Ahli Kelab, Pembaca, Peminat, Pengiklan, Pencetak dan Pengedar RR.


Selamat Menunggang,
Khairil Azuan
Ketua Pengarang

Isu Pada

Disember 2017

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambahm Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Warta Roda

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6, Jalan Kangkar Baru Paloh, Yong Peng, jam pukul 10.15 pagi semalam.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.

Warta Roda

Lebih 100 Buah Motosikal Terbakar Di Depoh Simpanan DBKL

Sebanyak 130 buah motosikal yang diletakkan di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught telah terbakar.