Isu Terkini

Julai 2024

Sudut RR / 10 November 2017

Penerapan Nilai Murni Bermula Dari Rumah

“Melentur Buluh, Biarlah Dari Rebungnya”... “Ke Mana Tumpahnya Kuah, Kalau Tidak Ke Nasi”... Bapa Borek, Anak Rintik”...

Ketiga-tiga peribahasa tersebut membuktikan kebijaksaan orang dahulu kala dalam membuat kiasan tentang adab dan sikap seseorang insan itu terbentuk menerusi tunjuk ajar dan cara hidup yang dilihatnya sejak kecil lagi. Di dalam usia yang masih kecil, anak-anak ini bersih dan suci sekali maka sebagai ibu bapa dan penjaga, kitalah yang bertanggung jawab untuk membentuk jiwa mereka agar menjadi seorang manusia yang mempunyai nilai-nilai murni.

Menurut kajian psikologi dan pembesaran kanak-kanak, ketika di usia dua hingga tujuh tahun, mereka sudah boleh berfikir dan meniru tetapi belum memiliki kemampuan untuk menilai sama ada ia adalah betul atau salah, baik atau buruk. Ini bermakna, kita perlu memberikan contoh dan menunjukkan personaliti terbaik agar mereka 'melangkah' ke masa hadapan dengan baik.

Dua permotoran juga tidak terkecuali. Dengan adanya kemudahan pengangkutan seperti kereta, van, bas dan motosikal, anak-anak kecil turut terdedah dengan corak dan gaya pemanduan atau tunggangan seseorang itu. Contoh terbaik untuk diikuti tentulah daripada pemandu atau penunggang yang paling kerap bersama mereka iaitu ayah dan ibu mereka.

Jika menunggang motosikal, mulakan dengan cara pemakaian kita. Jangan sesekali kita menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar... jangan sekali-kali! Tidak kiralah nak ke mana pun (lebih-lebih lagi membawa anak kita membonceng), pakailah topi keledar. Ambil kesempatan yang ada ketika bersama mereka untuk menerangkan betapa pentingnya pemakaian topi keledar dan akibat-akibat jika tidak memakainya.

Jangan ajar anak-anak kita mengenakan selipar ketika membonceng. Rajinkanlah diri kita dan mereka untuk memakai sekurang-kurang kasut yang menutup jari dan buku lali. Ingat... Malang tidak berbau! Elakkan diri kita daripada melihat atau menggunakan telefon pintar di stesen minyak kerana mereka pasti akan melakukan perkara yang sama. Ini lebih menakutkan jika mereka bermain telefon ketika kita sedang mengisi minyak!

Ketika menunggang atau memandu di jalan raya, patuhilah undang-undang tidak kira siang, malam atau di awal pagi. Antara undang-undang yang diambil mudah dan sering dilanggar ialah pematuhan lampu isyarat. Walaupun di usia muda, ramai sudah anak-anak kita yang tahu dan faham penggunaan lampu berwarna merah, kuning dan hijau. Akan tetapi, sikap degil orang dewasa yang melanggar lampu isyarat bagaikan 'buta warna' adalah sebab utama mengapa berlakunya kemalangan demi kemalangan saban hari. Maka.... berhentilah bila nampak lampu berwarna merah sedang menyala agar anak-anak kita juga melakukan perkara yang sama di masa hadapan.

Walaupun menunggang motosikal atau kereta berkuasa tinggi, jangan sewenang-wenangnya memecut dan memotong kenderaan sesuka di laluan garisan berkembar, kampung, sekolah, hospital, taman permainan dan bandar. Semua pengguna jalan raya mempunyai hak mengikut undang-undang yang ditetapkan. Rancang perjalanan dan banyak bersabar supaya kita tidak perlu terburu-buru atau beremosi ketika tangan masih lagi memegang bar hendal atau stereng kereta.

Pandu dan tunggang dengan hati yang tenang agar kita tidak mudah 'panas baran' dengan sikap negatif yang ditunjukkan oleh segelintir pengguna jalan raya. Jangan terlalu membenci sehingga amat mudah mengeluarkan kata-kata kesat atau tanda lucah. Terapkan nilai masyarakat timur yang terkenal berkurun lamanya dengan sikap lemah lembut dan bersopan santun. Dengan terciptanya pelbagai alat berteknologi tinggi, silap langkah sahaja, tingkah laku kita akan dirakam dan diviralkan ke seluruh dunia. Banyak kes-kes pergaduhan berlaku di antara pengguna jalan raya yang berlaku di hadapan dan disaksikan oleh ahli keluarga termasuk anak-anak. Ini amat memalukan dan mendukacitakan.

Bagi mereka yang bertugas, belajar atau bercuti ke luar negara, kongsikan pengalaman anda dengan kanak-kanak. Ceritakan dan bandingkan cara pemanduan pengguna jalan raya di negara yang kita lawati dengan corak pemanduan di sini. Yang elok dijadikan panduan, yang buruk jadikan sempadan.

Oleh itu mari kita bersama-sama berganding tangan dan tenaga membentuk para pengguna jalan raya masa hadapan di Malaysia bermulanya di rumah. Terangkan kepada mereka berkali-kali tentang kemalangan, kecederaan, saman dan kematian yang berpunca daripada segala kesalahan di jalan raya agar anak-anak kita sedar betapa pentingnya menunggang atau memandu dengan berhemah. Semoga usaha kita berjaya! RR

Salam Mesra,
Khairil Azuan
Ketua Pengarang

Isu Pada

November 2017

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambahm Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Model Baru

Scrambler Ducati Edisi 10° Anniversario Rizoma

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jentera Scrambler, Ducati telah berkolaborasi dengan pengeluar aksesori motosikal Rizoma untuk memperkenalkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.