Isu Terkini

Julai 2024

Sudut RR / 15 Mac 2021

Biar Bijak Bermotosikal

Orang yang bijak mempunyai kelebihan dalam banyak perkara. Kalau di sekolah, pelajar yang bijak akan mendapat perhatian guru, akan mendapat keputusan yang baik. Kalau di sebuah syarikat, seorang pekerja yang bijak mampu membantu majikan untuk mempertingkatkan prestasi syarikatnya. Dalam sukan juga memerlukan para pemain yang bijak untuk sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang. Kalau penunggang motosikal yang bijak?

Penunggang yang bijak sentiasa menyiapkan diri mereka dan jentera mereka dengan sebaik mungkin sebelum memulakan perjalanan. Penunggang yang bijak akan memastikan tayar, lampu-lampu, sistem brek, enjin, rantai, sproket dan lain-lain berada di dalam keadaan yang baik. Sentiasa mengambil sedikit masa sebelum bergerak untuk memastikan segalanya masih berfungsi. Jika terdapat sedikit masalah, terus ke bengkel untuk diperbaiki.

Kita mulakan dengan kebijaksanaan dalam persiapan diri... pastikan kita menggunakan topi keledar yang berkualiti demi melindungi anggota badan yang paling penting sekali iaitu kepala. Sebarang hentakan, gegaran, kecederaan di kepala sangat-sangat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan banyak kesan sampingan yang serius. Sememangnya bilangan mereka yang menggunakan sarung tangan ketika menunggang amatlah sedikit sedangkan semua sedar akan pentingnya anggota ini dalam kehidupan seharian. Jika berlakunya kemalangan atau terbabas, sarung tangan setidak-tidaknya dapat melindungi kulit tapak tangan kita daripada tergesel terus ke permukaan jalan.

Penunggang yang bijak tidak akan menunggang dengan hanya mengenakan seluar pendek, baju kemeja dan berselipar. Kalau terhumban ke tanah, apa yang dapat melindungi kita? Kulit kita sangat nipis, baru kena jentik sudah 'beradoi', inikan pula menghentam batu dalam kelajuan 60km/j dan ke atas. Penunggang yang bijak akan berfikir, bayang dan bandingkan tahap kecederaan jika mengenakan pakaian ke-selamatan tadi atau pun tidak.

Menunggang bersama jentera yang tidak sempurna boleh mengundang bahaya! Jadi, orang yang bijak tidak akan menunggang jika motosikalnya..... tidak mempunyai lampu yang berfungsi (lampu depan, belakang, brek dan isyarat) yang menyebabkan kita gagal dilihat dengan sempurna oleh pengguna jalan raya yang lain. Kita bagaikan sengaja mencari maut apabila menunggang di waktu malam atau awal pagi tanpa lampu utama, belakang dan isyarat. Dalam kegelapan tersebut, peratusan seseorang penunggang tanpa sebarang lampu untuk dilihat sangat rendah. Ini bertambah teruk apabila menghampiri ke tengah malam. Pemandu yang kepenatan akan mudah mengantuk seterusnya gagal untuk melihat pergerakan kita dengan jelas dan ini amat merbahaya.

Ketiadaan brek hadapan mahu pun belakang juga seringkali menjadi perkara biasa buat para penunggang motosikal di Malaysia, asalkan salah satu daripadanya berfungsi di kira sudah cukup. Mengapa sebegitu buruk penilaian kita sehingga sanggup memperjudikan nyawa kita sendiri. Sistem brek amat penting agar kita dapat memperlahankan kelajuan dengan tepat dan pantas. Sistem brek yang sempurna juga akan membantu kita untuk mengekalkan kedudukan jentera dalam suatu selekoh tajam. Simpan dan laburkanlah sedikit duit untuk tujuan keselamatan.

Kebanyakan pengguna motosikal di Malaysia terdiri daripada mereka yang mencari rezeki dengan berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Oleh itu, jadilah penunggang yang bijak yang sentiasa menyiapkan diri dengan set baju hujan yang lengkap. Info sampingan: Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, negara kita mempunyai kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak kerana Malaysia terletak di kawasan doldrum Khatulistiwa yang amat jarang sekali mempunyai langit tidak berawan. Oleh itu... kena fahamlah, negara kita memang kerap hujan. Maka... penunggang yang bijak akan berusaha untuk melindungi dirinya daripada masalah basah, sejuk yang boleh menyebabkan jatuh sakit. Maka lengkapkan diri dengan baju hujan!

Bijak mengatur masa untuk sebarang aktiviti motosikal. Ini juga penting demi keselamatan semua. Elakkan daripada penganjuran konvoi ketika musim perayaan atau cuti umum yang panjang kerana jumlah pengguna jalan raya akan meningkat dengan mendadak. Pergerakan bertambah perlahan menyebabkan banyak kenderaan akan cuba memotong dan menukar lorong dengan sesuka hati. Risiko kemalangan juga semakin tinggi! Niat nak bergembira... jangan ia bertukar menjadi duka.

Kami yakini, para pembaca RR terdiri daripada penunggang motosikal yang bijak. Elakkan daripada berlakunya kecelakaan hanya kerana setengah individu suka mengambil mudah. Selamat menunggang. RR

Isu Pada

Ogos 2017

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambahm Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.

Dari Litar

Pasukan Repsol Honda Tiba Di Buriram. Joan Mir Perlu Buat 'Come Back'!

Selepas gagal menamatkan perlumbaan (DNF) sudah ketiga berturut-turut, Joan Mir perlu kembalikan prestasinya ke tahap terbaik sempena perlumbaan yang akan berlangsung di Litar Buriram, Thailand minggu ini.