Isu Terkini

Julai 2024

Sudut RR / 12 April 2016

Perlumbaan Motosikal Dalam Bandaraya

Untuk mengekang aktiviti perlumbaan motosikal haram, pihak kerajaan sedang membuat perancangan untuk menganjurkan perlumbaan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur khususnya untuk memberi peluang kepada pelumba jalanan atau mat rempit agar dapat berlumba secara sah atau halal. Rancangan pihak kerajaan ini turut disiarkan dalam akhbar The Star pada 25 Februari lalu.

Rancangan tersebut ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia. Ada yang menyokong dan ada yang tidak. Satu kajian online telah dilakukan oleh pihak akhbar yang sama pada 23 Februari lalu menunjukkan sebanyak 92% daripada maklum balas yang diterima tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Antara sebab utama penolakan kepada rancangan ini ialah kerana masalah lain yang mungkin timbul dengan penganjuran ini seperti menggalakkan anak-anak muda berlumba daripada mengajak kepada aktiviti lebih positif, berlakunya kerosakan harta benda, faktor keselamatan kepada pengguna jalan raya yang lain, rosaknya imej negara di mata pelancong luar serta peningkatan pengaruh dadah dan vandalism.

Menerusi laman rasmi Utusan Online bertarikh 4hb Mac, Kementerian Wilayah Persekutuan tetap akan meneruskan rancangan tersebut dengan memberi jaminan tindakan penguatkuasaan akan dijalankan dengan lebih teliti khususnya buat mereka yang masih meneruskan kegiatan lumba haram di jalan raya. Laporan tersebut turut memuatkan rancangan Kementerian untuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung usaha tersebut.

Sehubungan dengan isu ini, RR turut bertemu dengan beberapa individu berpengalaman yang terlibat dalam dunia perlumbaan seperti beberapa orang pengurus pasukan dan pelumba cub prix tanahair. Kebanyakannya kurang senang dengan rancangan ini melainkan beberapa faktor perlu kembali diteliti seperti lokasi penganjuran diubah ke pinggiran ibu kota, penguatkuasaan dilakukan dengan lebih menyeluruh dan mengadakan sesi pertemuan dengan para pelumba negara. Diharap dengan nasihat dan bimbingan pelumba-pelumba berpengalaman ini, mereka dapat galakkan untuk berlumba di tempat yang lebih selamat.

Siri perlumbaan cub prix contohnya, usia penganjuran lebih daripada 23 tahun ternyata satu usaha yang bukan mudah. Para pelumba, para pegawai, para marshal dan para petugas lain dilindungi dengan polisi insurans. Bagi pelumba yang ternyata cukup berbakat diberi latihan dan turut diberi peluang mewakili negara dalam pelbagai siri perlumbaan yang dianjurkan di dalam dan luar negara. Benar... Menunggang dengan laju memang menyeronokkan tetapi biarlah ianya berbaloi!

Dari sudut positif pula, penganjuran ini terbuka buat mereka yang gemar menunggang di waktu malam dan dengan adanya lokasi terpilih, pergerakan dan aktiviti para penunggang ini lebih terkawal dan mudah dipantau, tanpa menjejaskan harta benda awam dan mengurangkan risiko terhadap nyawa manusia. Namun begitu perancangan yang teliti perlu dilakukan agar ia benar-benar dapat dilaksana dan bukan sekadar 'melepaskan batok di tangga'. Semoga usaha ini berjaya mengurangkan segala gejala negatif yang melibatkan penunggang motosikal di negara kita.

Selamat Menunggang. RR

Isu Pada

April 2016

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambahm Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

Warta Roda

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

GIVI Asia Sdn Bhd telah menganjurkan GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024 pada 2 & 3 November yang disertai sekitar 100 orang peserta hampir dari seluruh semenanjung negara, termasuk dari Perlis.

Warta Roda

Lebih 100 Buah Motosikal Terbakar Di Depoh Simpanan DBKL

Sebanyak 130 buah motosikal yang diletakkan di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught telah terbakar.

Warta Roda

Kemalangan Maut Motosikal Akibat Langgar Kerbau

Perjalanan seorang pengawal keselamatan ke tempat kerja bertukar tragedi apabila motosikal ditungganginya terlanggar seekor kerbau.