Isu Terkini

Oktober 2024

Sudut RR / 29 Mac 2020

Jaga Kebersihan Daripada Ancaman Terbaru

Novel Coronavirus (COVID 19) adalah wabak terbaru yang mengakibatkan penduduk dunia kini semakin terancam. Virus ini muncul buat pertama kalinya pada 31 Disember 2019 di Wuhan, sebuah bandar yang terletak di daerah Hubei, China. Menurut sumber dari World Health Organization (WHO), virus ini berkemungkinan besar datangnya dari kelawar. Namun begitu para saintis masih tidak dapat mengenal pasti bagaimana ia boleh menjangkiti manusia dan sehingga kini belum ada rawatan spesifik bagi mengatasi masalah ini.

Dari saat itu, ancaman global ini terus mencatatkan penyebaran yang amat membimbangkan. Kematian pertama dicatatkan di Hong Kong pada 4 Februari lalu dan mangsa merupakan pesakit ke-13 yang positif dengan virus ini. Jumlah kes yang dicatatkan oleh WHO sehingga 10 Februari 2020 lalu telah melebihi 40,000 orang dengan 909 kematian. Apa yang merisaukan, penyebaran virus maut ini berterusan tanpa perlindungan setiap saat walaupun kita sedang enak dibuai mimpi.

Sehingga 11 Februari 2020, antara negara-negara mencatatkan kes penyebaran Coronavirus ialah Thailand, Kanada, Korea Selatan, Jepun, Malaysia, Jerman, Macau. Hong Kong, Amerika Syarikat, Perancis, Belgium, Emirates Arab Bersatu, India, Itali, Filipina, Singapura Sepanyol, Sri Lanka, Sweden, Vietnam, Finland, Kemboja, Nepal, Rusia dan United Kingdom. Malaysia berada di tangga kelapan dunia dengan 18 kes dilaporkan setakat 11 Februari 2020.

Mereka yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam panas, batuk, sesak nafas dan selesema. Ia juga merebak melalui titisan air kuman yang terkeluar di udara melalui seseorang pesakit itu. Oleh kerana belum ada sebarang vaksin untuk penyakit ini, ianya ternyata amat cepat merebak atau berjangkit.

Kita semua haruslah amalkan pencegahan yang sebaik mungkin dan berharap kita tidak terjebak. Antara langkah-langkah mengurangkan penularan virus ini yang disyorkan oleh WHO dan para ilmuan kesihatan di seluruh dunia ialah:

  1. Kekalkan kebersihan dengan kekerapan membasuh tangan dengan menggunakan air, sabun atau hand sanitizer.
  2. Elakkan diri daripada menyentuh mata, hidung atau mulut.
  3. Jika ingin bersin, alihkan hidung ke bahagian siku atau tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan bersih. Bawa tisu dan jangan buang tisu merata-rata.
  4. Elakkan mengunjungi tempat-tempat tumpuan orang ramai.
  5. Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter (3 kaki) di antara kita dengan seseorang yang batuk, demam atau selesema. Jika boleh, elakkan berdekatan dengan mereka yang sedang sakit.
  6. Sentiasa memakai topeng jika berkunjung ke tempat awam.
  7. Bersihkan peralatan atau barang yang sering digunakan seperti telefon pintar, beg, topi keledar atau pendikit motosikal.
  8. Jangan pegang binatang terutamanya yang terbiar.
  9. Gunakan pelapik berbeza untuk memotong makanan mentah dan makanan sudah dimasak. Makan juadah atau lauk pauk yang dimasak dengan sempurna.
  10. Pakai sarung tangan bagi mereka yang bekerja dalam bidang penternakan atau yang berhubung terus dengan binatang.

Bagi rakan-rakan yang sering berkonvoi atau mengembara pula jangan sewenang-wenangnya berkunjung ke tempat yang ramai pelancong, makanlah makanan yang dimasak dengan sempurna, pakailah topeng dan jika berasa kurang sihat, cepat-cepat ke klinik atau ke hospital. Jangan buang masa! 

Masalah ini akan memberi kesan terhadap ekonomi dunia dan Malaysia juga tidak berkecuali. Ekoran penyekatan dan had kemasukan pelancong dari negara luar akan mengakibatkan industri pelancongan kita juga lumpuh seketika. Perniagaan runcit khususnya di pasaraya turut terkena tempias berikutan kerisauan masyarakat untuk keluar dari rumah.

Sesungguhnya kita ini sedang diuji dengan satu bencana yang mengancam dunia. Ayuh kita bersama-sama berganding bahu untuk mengatasi masalah ini. Kita pelihara keharmonian dan kehidupan bermula dengan langkah penjagaan kebersihan terlebih dahulu. Selebihnya, kita berharap dan berdoa akan ada pakar-pakar kesihatan dari mana-mana negara yang dapat mencari vaksin untuk menghalang daripada ianya tersebar seterusnya menghentikan penyakit berbahaya ini. RR

Isu Pada

Mac 2020

Popular

  • Warta Roda

    Selisih faham punca kejadian tular Hilux, Vios langgar lari

  • Warta Roda

    Bengkel motosikal terbakar, sekurang-kurangnya 24 buah motosikal hangus dijilat api

  • Dari Litar

    Pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Bakal Guna Ducati GP25

  • Warta Roda

    Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Menarik Dari Yamaha Dengan GENBLU Rewards!

  • Warta Roda

    Jenazah Suami Isteri Maut Di Thailand Selamat Dikebumikan

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambahm Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Bengkel motosikal terbakar, sekurang-kurangnya 24 buah motosikal hangus dijilat api

Sekurang-kurangnya 24 buah motosikal hangus selepas kejadian kebarakan di sebuah bengkel di Johor Bahru.

Warta Roda

Jenazah Suami Isteri Maut Di Thailand Selamat Dikebumikan

Komuniti penunggang motosikal baru-baru dikejutkan dengan kemalangan maut yang menimpa pasangan suami isteri iaitu Mohd Sofi Ismail dan Zaimima Ismail selepas motosikal berkuasa tinggi Kawasaki GTR1400 yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Chumphon, Thailand pada Isnin lepas.

Dari Litar

Ducati Panigale V4 R Warna Biru Scott Reading Memang Cun!

Menjelang pembukaan tirai musim baru WorldSBK 2025, pasukan MGM Bonovo Racing mungkin antara yang paling menyerlah selepas menampilkan rekacorak liveri yang agak berbeza. Ya.. memang 'rare' betul jentera Ducati lebih-lebih lagi versi perlumbaan hadir dengan warna biru.

Model Baru

Modenas Kriss 125 Fi Diperkenalkan - Harga Bermula RM5,620

Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah memperkenalkan model terbaru iaitu Modenas Kris 125 Fi.