Isu Terkini

Oktober 2024

Sudut RR / 31 Disember 2023

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kami masih menjumpai motosikal yang dipasang dengan tayar slick (tayar perlumbaan yang tidak berbunga) untuk ditunggang di jalan raya awam. Hal ini masih berlaku walaupun pembuat tayar dan pengajar profesional sudah membuat amaran berulang mengenai perbuatan ini. Tambah lagi, tayar slick pun dicop dengan perkataan NOT FOR ROAD/HIGHWAY USE (bukan untuk kegunaan jalanraya) atau FOR RACE USE ONLY (untuk perlumbaan sahaja).

Istilah slick bermaksud "licin." Ia dipanggil demikian kerana ia tidak mempunyai corak bunga dan alur pada badan tayar. Kekurangan alur membolehkan tapak cengkaman tayar yang maksimum dan tidak terganggu pada permukaan trek.Sebaliknya, alur dan block getah pada tayar akan menyebabkan tayar menjadi panas pada kadar yang terlalu cepat sehingga ia mula menggelupas semasa pengunaan ekstrim di trek.

Jadi, mengapa menggunakan "slicks" adalah perkara yang salah? Lagipun, semua pelumba MotoGP dan profesional menggunakannya untuk memenangi perlumbaan. Itu mesti bermakna tayar slick mencengkam dengan amat kuat, bukan? Ya, ia mahal tetapi ia adalah bahagian yang diperlukan untuk menunggang dengan cepat, betul? Itu betul, tetapi keadaan di atas litar tidak sama dengan keadaan di atas jalan raya. Mari kita selidik.

Haba adalah faktor yang paling penting. Semua jenis tayar berfungsi pada tahap optimumnya dalam julat haba tertentu. Walau bagaimanapun, slick berfungsi paling baik sekitar 100 darjah Celcius untuk bahagian depan dan 120 darjah Celcius untuk bahagian belakang. Suhu-suhu itu merupakan suhu didih air!

Itulah sebabnya mengapa pasukan perlumbaan membalut tayar di dalam selimut pemanas tayar sebelum perlumbaan. Pemanas ditetapkan pada suhu 90 darjah Celcius selama sekurang-kurangnya satu jam.

Walau bagaimanapun, itu hanya sebahagian daripada cerita. Pelumba kemudiannya perlu mengekalkan suhu itu sepanjang perlumbaan dengan pecutan, membrek, mengambil selekoh. Tahap cengkaman akan mula menurun jika penunggang tidak dapat mengekalkan rentak untuk mengekalkannya dalam julat kerja mereka. Bolehkah kita mengekalkan rentak sedemikian untuk memastikan tayar cukup panas, lebih-lebih lagi dalam julat haba tersebut di jalan raya? Tidak mungkin, melainkan seseorang menunggang seperti syaitan yang menjelma. Walaupun begitu ia adalah terlalu berbahaya untuk berbuat demikian. Lebih realistik, terdapat kenderaan lain, lampu isyarat, simpang, kesesakan lalu lintas yang akan memperlahankan penunggang. Tayar mereka akan menjadi sejuk daripada julat suhu mereka pada masa itu dan hilang cengkaman.

Kitaran haba ialah proses tayar dipanaskan dan sejuk kembali kepada suhu biasa . Slick perlumbaan hanya tahan beberapa kitaran haba; biasanya lapan kitaran. Ia tidak akan memberikan cengkaman lagi selepas melengkapkan bilangan kitaran haba, tidak kira berapa banyak getah yang masih tinggal.

Sebaliknya tayar yang dikhaskan untuk kegunaan jalan raya boleh tahan banyak kitaran haba sehinggalah ia haus.

Tayar slick hanya berfungsi dalam keadaan kering kerana ia tiada alur untuk memindahkan air antara blok-blok bunga. Tayar tanpa alur tidak boleh memindahkan air dan akan tergelincir (aquaplane).

Kita tidak boleh memasang tayar slick kepada motosikal secara begitu sahaja kerana tayar ini memberikan watak pengendalian yang amat berbeza. Jika motosikal superbike pun memerlukan kerangka dan talaan suspensi bagi menampung cengkaman tayar slick, mahupun merealisasikan potensi tayar ini, apatah lagi motosikal kita yang biasa?

Tayar jalanan yang terkini sudah cukup bagus. Bergantung kepada jenis tayar yang anda pilih, ia dapat memberikan cengkaman di dalam hampir semua keadaan cuaca dan jalan, tidak memerlukan haba tinggi untuk dipanaskan, tahan beribu kilometer, dan lebih murah daripada tayar slick. Kita dapat jadi lebih selamat dan jimatkan wang kita. Tidak cukup baguskan begitu?

Popular

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

  • Warta Roda

    Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

  • Model Baru

    JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambahm Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Keselamatan Jalan Raya Tanggung Jawab Bersama

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.

Pandu Uji

Suzuki V-Strom 800DE: Sesuai Untuk Perjalanan Jauh & Dekat

Tempat-tempat yang sempat aku singgah kali ini bersama Suzuki V-Strom 800RE. Ya....model kembara 800cc dari Suzuki ini adalah kesinambungan daripada model DE yang telah kami uji tahun lalu. Kini, lengkapkan siri keluarga V-Strom 800 dengan benar-benar bersedia di pasaran dan mampu merentasi kepelbagai rupa bumi, cuaca dan destinasi pengembaraan.

Model Baru

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Zongshen melancarkan 4 model terbaru iaitu CX650, RA600, RE600 & RT3E.