Isu Terkini

Julai 2024

Sudut RR / 10 April 2014

Sabar Atas Dugaan MH370

Ketika menulis ruangan ini, negara kita masih lagi diselubungi kesedihan atas tragedi kehilangan pesawat negara, MH370 ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA ke Beijing, China pada awal pagi hari Sabtu 7hb Mac 2014. Ia jelas memberi impak yang cukup besar kepada masyarakat dunia khususnya ahli keluarga mangsa penumpang dan krew serta warga Malaysia. Apa pun yang berlaku, kita harus sabar dan tabah menghadapinya.

Kata Dato’ Seri Hishammudin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan selaku Pemangku Menteri Pengangkutan, “This is an unprecedented case, that may change aviation history.” Cara kehilangan MH 370 yang membawa seramai 239 penumpang termasuk krew di ruang angkasa tanpa sebarang indikasi atau jejak adalah sesuatu misteri dan tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Macam-macam tanggapan, spekulasi, andaian dibuat menerusi kajian dan pengamatan dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengenal pasti apakah sebenarnya telah berlaku pada sebuah kapal terbang sebesar Boeing 777-200 itu. Hati kita semua sentiasa mendoakan agar keajaiban akan berlaku seterusnya membawa seribu erti kegembiraan. Hakikatnya hanya Allah Yang Maha Kuasa jua yang mengetahuinya.

Di sebalik kesedihan dan kebimbangan, insiden ini juga telah menunjukkan sifat keprihatinan dan tanggungjawab sesama manusia. Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) MH370 telah mengeratkan lagi perhubungan antara negara khususnya di rantau Asia Timur, Asia Tenggara dan Barat yang hadir memberi bantuan dengan aset masing-masing berserta peralatan elektronik yang canggih.

Kita selaku anak Malaysia pastinya menghargai segala usaha gigih yang dilakukan oleh para petugas bukan saja dari negara sendiri, tetapi juga dari 13 lagi negara iaitu Vietnam, China, Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, India, Jepun, Filipina dan Korea Selatan. Selepas 10 hari tidak dapat dikesan, jumlah negara yang terlibat kini telah meningkat kepada 25.

Doa dan harapan turut dikongsi oleh semua lapisan masyarakat tanpa sempadan bangsa dan agama kerana hajat kita semua adalah sama iaitu keselamatan para penumpang dan krew pesawat MH370. Untuk memberi semangat dan sokongan, pihak KLIA juga telah menaikkan kain rentang di Anjung Tinjau untuk ditandatangani dan ditulis kata-kata semangat. Hampir setiap kompleks serta pasaraya di seluruh negara juga mengadakan ruangan khas untuk para pengunjung melahirkan rasa simpati dan empati. Media massa seperti siaran radio pula memainkan lagu-lagu yang menyentuh jiwa para pendengar untuk mendoa dan mengharap.

Seluruh warga RR mendoakan keselamatan setiap jiwa yang berada di dalam pesawat yang terlibat di dalam insiden ini dan kepada ahli keluarga mangsa diharap terus bersabar dan cekal mengharungi hari-hari mendatang. Amin. RR

Salam Mesra,
Khairil Azuan, Ketua Pengarang

Isu Pada

April 2014

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambahm Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.