Isu Terkini

Julai 2024

Sudut RR / 10 Januari 2014

Teknologi Pesat Taruhan Para Pengeluar

Bagi para peminat motosikal di seluruh dunia, tahun baru adalah detik paling penting untuk membuat penilaian dan perbandingan motosikal-motosikal yang berada di pasaran. Perbandingan ini selalunya dikaji dari semua aspek seperti teknologi enjin, teknologi saspensi, casis, keselesaan, pengendalian dan paling penting teknologi keselamatan.

Pihak pengeluar sedar akan permintaan dan harapan yang semakin hari semakin tinggi. Ini menyebabkan jabatan kejuruteraan akan terus sibuk melakarkan, mencipta, menghasilkan dan menguji produk-produk yang dilahirkan demi memenuhi permintaan.

MV AGUSTA Turismo Veloce 800
MV AGUSTA Turismo Veloce 800

Untuk tahun 2014, beberapa jenama sudah mula mempromosikan jentera-jentera mereka dengan berbagai pakej yang sememangnya cukup inovatif dan hebat. Kawasaki contohnya, memperkenalkan Z1000 dengan bentuk yang cukup digeruni – mirip seekor pemangsa. Jika berpeluang, lihat lampu utamanya yang direka hampir sama dengan mata seekor harimau dan ini juga pengenalan lampu jenis LED buat model jalanan pertama Kawasaki.

Yamaha pula meneruskan kecemerlangan dalam dunia skuter dengan memperkenalkan Tricity LMW (Leaning Multi Wheel) sebuah skuter bertayar tiga. Ini merupakan skuter pertama Yamaha berkonsepkan sebegini yang menjadi pilihan utama untuk kegunaan bandar. MT07 pula sebuah model jalanan baru yang mempunyai casis antara yang paling ringan, ramping dan paling bertegaran tinggi dalam kelasnya.

Inginkan model yang padat dengan teknologi sistem enjin dan penggunaan gear? Honda bersedia untuk menjadikan impian itu satu kenyataan. Model CTX700 contohnya, ia sebuah mesin pengembaraan yang dilengkapi dengan sistem Dual Clutch Transmission (DCT) yang membantu kita menunggang dengan selesa, santai dan selamat. Bayangkan penukaran gear dapat dilakukan dengan tepat secara automatik dengan adanya sistem ini. Model VFR pula menawarkan sistem penyerap hentak teleskopik Honda Multi-Action System (HMAS) untuk pengendalian lebih cemerlang.

Ducati Monster 1200
Ducati Monster 1200

Jenama terkenal dari Jerman, BMW menawarkan pakej keselamatan pada model-model jalanannya. Model R1200RT yang kini dilengkapi dengan penunjuk kadar tekanan angin (Tire Pressure Monitor) yang cukup berguna untuk perjalanan jauh. Sistem ASC atau Automatic Stability Control yang mengawal pergerakan tayar belakang daripada berputar tidak menentu ketika kita membuat pecutan yang boleh menyebabkan motosikal hilang kawalan.

Suzuki kini menumpukan perhatian kepada keunikan rekabentuknya. Lihat sahaja panel meter model M1800 yang diletakkan di dua posisi berbeza. Meter rpm di bahagian kepala manakala meter kelajuan di atas tangki. Menarik.

Harley Davidson kali ini menitik beratkan gaya hidup yang lebih bergaya. Apa yang mengejutkan ialah kebanyakan model-model Harley Davidson kini dilengkapi dengan sistem Slip Clutch untuk tunggangan lebih meyakinkan dan paparan LCD touch screen untuk model CVO Ultra Limited.

Monster, produk lagenda Ducati kali ini hadir dengan enjin baru bersesaran 1200cc, pelana yang boleh ditala dan turut dilengkapi dengan sistem TC lapan tahap.

MV Agusta pula pastinya sedang menunggu maklum balas daripada para peminat terhadap model dual purpose barunya – Turismo Veloce yang dilengkapi dengan sistem MVICS 2.0 (Motor & Vehicles Intergrated Control System) yang menala kuasa enjin mengikut cara dan keadaan tunggangan.

Begitulah sedikit sebanyak pembaharuan dan teknologi baru yang diperkenalkan oleh beberapa pengeluar untuk tahun 2014. Pastinya lebih banyak ciri-ciri yang ditawarkan dari segi keselamatan dan teknologi baru adalah lebih sesuai untuk dimiliki oleh para penunggang motosikal. Paling penting hormati diri kita, kenal tahap kemampuan sendiri sebelum memiliki motosikal walaupun sekecil atau sebesar mana sekali pun. Selamat menunggang! RR

Salam Mesra,
Khairil Azuan
Ketua Pengarang

Harley Davidson CVO Ultra Limited
Harley Davidson CVO Ultra Limited

Isu Pada

Januari 2014

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambahm Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.